Pilihan Bahasa dalam Kalangan Mahasiswa di Pulau Pinang dalam Domain Keluarga dan Pendidikan
Language Choices among Students in Penang in the Domain of Family and Education
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijleal.v14i2.10482Keywords:
Domain keluarga, Domain pendidikan, Kerangka Domain, Pilihan bahasa, SosiolinguistikAbstract
Kajian ini meninjau pilihan bahasa mengikut umur dalam kalangan mahasiswa di Pulau Pinang dalam domain keluarga dan pendidikan. Kajian dilakukan dengan pengedaran borang soal selidik melalui Google Form. Seramai 164 orang responden terlibat dalam kajian ini. Pendekatan Fishman tentang pilihan bahasa mengikut domain digunakan sebagai kerangka kajian. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti taburan pilihan bahasa mengikut umur dalam kalangan mahasiswa di Pulau Pinang dalam domain keluarga dan pendidikan dengan menggunakan analisis Crostabb. Kajian ini turut melihat perbezaan pilihan bahasa dengan umur dalam kalangan mahasiswa di Pulau Pinang dalam domain keluarga dan pendidikan dengan menggunakan analisis ANOVA. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara mahasiswa berumur 22 dan 23 tahun ketika berbual dengan ibu, ayah dan adik-beradik. Manakala, tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) ketika berbual dengan datuk dan nenek, membentangkan tugasan, berinteraksi dengan pensyarah dan menjalankan program di universiti. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar yang belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) akan memastikan diri mereka menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa utama ketika dalam domain pendidikan. Namun, dialek-dialek Melayu menjadi pilihan dalam domain keluarga. Maka, jelaslah bahawa mahasiswa di USM dapat memilih bahasa yang bersesuaian berdasarkan konteks rasmi dan tidak rasmi ketika berinteraksi.
This study explores language choice according to age among students in Penang, focusing on the domains of family and education. Data were collected through a questionnaire distributed via Google Form, with a total of 164 respondents participating. Fishman’s framework on language selection by domain served as the theoretical basis for this research. The study aimed to identify the distribution of language choice across different age groups using Crosstab analysis and to examine differences in language choice by age using ANOVA analysis. The findings revealed a significant difference (p < 0.05) in language use between students aged 22 and 23 years when communicating with their mothers, fathers, and siblings. Conversely, no significant difference (p > 0.05) was observed when interacting with grandparents, presenting assignments, engaging with lecturers, or participating in university programmes. These results indicate that students at Universiti Sains Malaysia (USM) predominantly use Malay or English as the primary languages in the educational domain, while Malay dialects are preferred within the family domain. The study concludes that USM students adapt their language choice based on the formal or informal context of their interactions.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 The Author(s)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.