Penguasaan Bahasa Melayu Kanak-kanak Prasekolah Berdasarkan Inventori Penilaian Kemahiran Terancang

Authors

  • Anida Sarudin
  • Dahlia Janan
  • Zulkifli Osman
  • Ahmad Khair Mohd Noor

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v4.488

Keywords:

Bahan ransangan, Kanak-kanak prasekolah, Penguasaan bahasa

Abstract

Penggunaan bahan rangsangan yang bersesuaian adalah penting untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk kanak-kanak yang berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan bahasa kanak-kanak prasekolah berdasarkan bahan rangsangan berbentuk gambar dan soalan-soalan yang terbahagi kepada lima bahagian linguistiks iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik mengikut aras taksonomi Bloom (1956). 75 orang kanak-kanak dalam lingkungan tiga hingga lima tahun telah dipilih secara rawak dan ditemu bual menggunakan instrumen soal selidik bergambar yang dinamakan sebagai Inventori Penilaian Kemahiran Terancang. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan bahasa kanak-kanak lima tahun lebih tinggi daripada kanak-kanak berumur empat dan tiga tahun. Menariknya, terdapat juga dapatan songsang terhadap tahap penguasaan bahasa kanak-kanak tersebut berdasarkan bahagian-bahagian linguistik yang diuji. Dapatan tersebut menunjukkan penguasaan bahasa kanak-kanak yang terlibat berkemungkinan dipengaruhi oleh ketidakseimbangan penyusunan bahagian-bahagian linguistik dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa mereka.

Author Biographies

Anida Sarudin

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tg. Malim,
Perak, Malaysia.

Dahlia Janan

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tg. Malim,
Perak, Malaysia.

Zulkifli Osman

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tg. Malim,
Perak, Malaysia

Downloads

Published

2016-06-06

How to Cite

Sarudin, A., Janan, D., Osman, Z., & Mohd Noor, A. K. (2016). Penguasaan Bahasa Melayu Kanak-kanak Prasekolah Berdasarkan Inventori Penilaian Kemahiran Terancang. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 4. https://doi.org/10.15282/ijleal.v4.488

Issue

Section

Research Articles