Integrasi Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berasaskan Kit Media dalam Amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Guru Pelatih Bahasa Arab

Authors

  • Saipolbarin Ramli Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Muhammad Taufiq Abdul Ghani Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nazri Atoh Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Taj Rijal Muhamad Romli Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v9.308

Keywords:

Bahasa Arab, Guru pelatih, KBAT, Kit media, Pembelajaran dan pemudahcaraan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis integrasi antara elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan instrumen kit media dalam amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru pelatih bahasa Arab UPSI. Ia melibatkan dua peringkat. Peringkat pertama merekabentuk dan mengolah kit media yang mempunyai elemen KBAT oleh guru pelatih bahasa Arab. Manakala peringkat kedua pula menganalisis keberkesanan penggunaan kit media ini sebagai satu medium efisyen dan praktikal untuk digunakan sepanjang sesi latihan mengajar di sekolah. Kajian ini melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) bahasa Arab dengan Pendidikan UPSI ambilan September 2014/2015 yang telah menjalani latihan mengajar pada Julai 2017 seramai 71 orang pelajar. Kajian ini bersifat kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dan pemerhatian semasa proses penyeliaan latihan mengajar. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan purata. Data kualitatif juga digunakan untuk melihat keberkesanan integrasi elemen KBAT dan instrumen kit media dalam amalan PdPc bahasa Arab. Integrasi penggunaan kit media dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bahasa Arab akan dapat meransang aktiviti KBAT dalam kalangan pelajar yang menjadi tunjang utama untuk menghasilkan perkembangan pelajar sebagai fokus dalam pendidikan.

Downloads

Published

2019-05-31

How to Cite

Ramli, S., Abdul Ghani, M. T., Atoh, N., & Romli, T. R. M. (2019). Integrasi Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berasaskan Kit Media dalam Amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Guru Pelatih Bahasa Arab. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 9(1), 33–44. https://doi.org/10.15282/ijleal.v9.308

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.