Analisis Kesilapan Sintaksis Bahasa Arab dalam Penulisan Karangan Pelajar Natif Bahasa Melayu

Analysis of Arabic Syntactic Errors in Essays among Native Students of Malay Language

Authors

  • Sulaiman Ismail Universiti Sains Islam Malaysia
  • Yuslina Mohamed Universiti Sains Islam Malaysia
  • Zainur Rijal Abdul Razak Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohamed Hj Ibrahim Universiti Sains Islam Malaysia
  • Zulkipli Isa Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v11.5231

Keywords:

Analisis Kesilapan, Bahasa Arab, Pelajar natif bahasa Melayu, Sintaksis

Abstract

Kajian ini membincangkan aspek penggunaan sintaksis nahu Arab yang terdapat di dalam sistem nahu bahasa Arab dan bentuk kesilapan penggunaannya di dalam penulisan pelajar bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Responden kajian terdiri daripada lepasan sekolah dan ma’ahad agama seluruh negara. Umum mengetahui bahawa bahasa Arab tidak asing kepada para pelajar ini yang terdiri daripada kalangan pelajar pengajian agama dan mereka telah lama mengikuti pembelajaran bahasa ini secara formal bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat menengah sebelum memasuki pusat-pusat pengajian tinggi negara. Namun masih banyak kesilapan yang mereka lakukan sewaktu menggunakan bahasa ini khususnya ketika menerapkan aspek sistem sintaksis bahasa Arab yang betul dalam penulisan. Teori Analisis Kesilapan oleh S.P. Corder yang memperkenalkan empat dimensi klasifikasi kesilapan pelajar sewaktu mempelajari bahasa diterapkan  ketika penulis menjalankan kajian ini. Data kajian dikumpulkan melalui ujian bertulis yang diadakan terhadap sekumpulan 25 pelajar yang baharu mendaftar di universiti ini. Dapatan kajian ini membuktikan wujud kecenderungan pelajar untuk melakukan kesilapan dalam aspek ortografi, leksikon, nahu dan struktur ayat. Namun kesilapan yang paling ketara dan banyak dilakukan oleh pelajar adalah dari aspek penggunaan nahu. Malah dapatan kajian juga menunjukkan pelajar berulang kali melakukan bentuk kesalahan yang sama dan kekerapan kesalahan ini menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah kemampuan linguistik (linguistic competence) dalam bahasa sasaran yang sedang mereka pelajari. Hal ini sekaligus membabitkan implikasi pedagogi yang perlu melihat keadah pemulihan (remedial) yang berkesan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan tersebut.

This study discusses the use of Arabic syntax in the Arabic language system and the types of errors found in the writings of students taking Arabic at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Participants of the study were students from religious schools and institutions nationwide. It is generally known that these students whose educational background include graduating from religious schools are accustomed to Arabic, and they have long practiced the formal Arabic language learning since elementary to high schools before entering higher institutions. However, the students still make errors when using the language especially when implementing the correct Arabic syntax in their writings. Therefore, to conduct this study, S.P Corder’s Theory of Error Analysis which introduces the classification of four dimensions of students’ errors in language learning was referred. The data were collected through a writing test from 25 students who had just enrolled into the university. The findings of this study showed that most of the students tend to make errors in various categories namely orthography, lexicon, grammar and sentence structure, and grammar is the most frequent errors made by the students. In fact, the findings also indicated that the students committed the same errors repeatedly which also implied that they have issues with their linguistic competence in learning Arabic. This also involves the pedagogical implications of effective remedial strategies to help students to overcome these weaknesses.

Published

2021-07-15

How to Cite

Ismail, S., Mohamed, Y. ., Abdul Razak, Z. R., Hj Ibrahim, M., & Isa, Z. (2021). Analisis Kesilapan Sintaksis Bahasa Arab dalam Penulisan Karangan Pelajar Natif Bahasa Melayu : Analysis of Arabic Syntactic Errors in Essays among Native Students of Malay Language. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 11(1), 27–36. https://doi.org/10.15282/ijleal.v11.5231

Issue

Section

Research Articles