Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Penggunaan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua Pelajar INSTEDT

Influences of Mother Tongue on the Use of Arabic as a Second Language among INSTEDT Students

Authors

  • Siti Nur Hadis A Rahman Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Huan Yik Lee Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Radhiahtul Raehan Mustafa Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Siti Nur Maisarah Fkhururazi Universiti Teknologi MARA, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v14i2.9883

Keywords:

Alih kod, Analisis kesalahan bahasa, Bahasa Arab, Bahasa kedua, Bahasa Melayu, Pengaruh bahasa ibunda

Abstract

Fenomena alih kod atau pengaruh bahasa asing dalam penggunaan bahasa seharian adalah topik yang relevan dan merupakan fokus utama beberapa penyelidikan terkini. Kajian tentang isu percampuran bahasa dalam pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) adalah penting untuk memahami cabaran dan keperluan pelajar dalam memahami dan menggunakan bahasa Arab dengan lebih berkesan. Ini juga merupakan objektif utama kajian dan skop khususnya dalam aspek percampuran bahasa dalam penulisan mereka. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan, di mana data primer diperoleh daripada skrip peperiksaan bertulis pelajar. Sampel kajian dipilih berdasarkan prestasi kelas yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Instrumen kajian ini adalah set ujian bertulis merangkumi komponen soalan tatabahasa, ejaan, struktur ayat dan tanda baca. Analisis data menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan dan kekerapan kesalahan bahasa dihitung. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat empat jenis kesalahan bahasa yang dikenal pasti iaitu ejaan (24.4%), tatabahasa (49%), struktur ayat (22.2%) dan penggunaan tanda baca (4.4%). Hasil kajian ini menunjukkan tentang jenis-jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar yang dipengaruhi oleh Bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Arab. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan pendidik supaya mempertimbangkan pengaruh bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua, serta merancang strategi pembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar mengatasi kesalahan bahasa.

Code-switching or the influence of foreign language in daily language use is a relevant topic which is also currently a main focus among scholars. Investigating the issue of mother tongue interference in Arabic language learning at the Institute of Science and Technology Darul Takzim (INSTEDT) is crucial in identifying the challenges and needs of learners in understanding and learning Arabic more effectively. This is therefore the objective of the study, which scope aiming the aspects of code-switching in writing. This study employed a quantitative survey method and applied descriptive statistical analysis. Students’ written examination scripts were used as primary data for analysis. To fulfill the criteria for sampling selection, sample scripts were chosen from the excellent, average and low-performing classes. Written tests, used as instrument of the study, included items on grammar component, spelling, sentence structure and punctuation. Data analysis was conducted with the assistance of Microsoft Excel and SPSS tools. The percentage and frequency of language errors were also calculated. Results indicated that there were four identified categories of language errors, namely, grammar (49%), followed by spelling (24.4%), sentence structure (22.2%) and the use of punctuations (4.4%). The results provided a better understanding about the types of language errors committed by the students, due to the Malay language interference in the use of Arabic. As a result, language practitioners need to consider the influences of mother tongue in the teaching and learning of L2, as well as plan appropriate strategies to facilitate students in tackling language errors as identified in this study.

Published

2024-12-22

Issue

Section

Articles

How to Cite

Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Penggunaan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua Pelajar INSTEDT: Influences of Mother Tongue on the Use of Arabic as a Second Language among INSTEDT Students. (2024). International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 14(2), 60-69. https://doi.org/10.15282/ijleal.v14i2.9883

Similar Articles

1-10 of 54

You may also start an advanced similarity search for this article.