Tahap Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab Pelajar Universiti: Satu Kajian Korpus di Universiti Sains Islam Malaysia

Arabic Vocabulary Mastery among University Students: A Corpus-based Analysis Study at Universiti Sains Islam Malaysia

Authors

  • Zainur Rijal Abdul Razak Universiti Sains Islam Malaysia
  • Rosni Samah Universiti Sains Islam Malaysia
  • Sulaiman Ismail Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v10.3544

Keywords:

Bahasa Arab, Korpus, Penguasaan kosa kata, Saiz kosa kata, Ujian kosa kata

Abstract

Kelemahan dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat universiti di Malaysia khususnya dapat dikaitkan dengan kelemahan mereka dalam menguasai jumlah kosa kata yang mencukupi. Kesan daripada situasi ini menyebabkan ketidakmampuan mereka untuk menggunakan bahasa Arab dengan baik dalam apa jua situasi dalam kemahiran bahasa. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti maksud penguasaan kosa kata dan saiz kosa kata ideal untuk pembelajaran bahasa Arab pada peringkat univeristi. Ia juga bertujuan untuk menilai sejauh mana mereka mampu menguasai jumlah kosa kata tersebut. Bagi mencapai objektif pertama, kaedah analisis dokumen telah dijalankan. Manakala bagi objektif kedua, ujian penguasaan kosa kata pula dijalankan ke atas 59 orang pelajar tahun satu di Fakulti Pengajian Bahasa Utama di USIM dengan berpandukan kepada Corpus of Contemporary Arabic (CCA). Ujian ini melihat kepada kemampuan pelajar menyatakan jenis perkataan, pola, makna dan kebolehan mereka membina ayat yang lengkap menggunakan perkataan yang disenaraikan dalam CCA tersebut. Keputusan ujian penguasaan kosa kata ini mampu memberikan gambaran saiz kosa kata yang dikuasai pelajar dan seterusnya menghubungkan situasi tersebut dengan kelemahan pelajar peringkat universiti dalam menuturkanbahasa Arab secara keseluruhannya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar secara umumnya hanya mampu menguasai jumlah kosa kata sekitar 1500-2000 perkataan sahaja. Manakala, hasil analisis dokumen menyimpulkan bahawa pelajar peringkat universiti yang mempelajari bahasa asing sebagai bahasa kedua seperti bahasa Arab sepatutnya menguasai sekitar 3000-5000 perkataan bagi memudahkan mereka mengikuti pengajian dalam bidang mereka.

Low proficiency in Arabic language among university students specifically in Malaysia can be attributed to their inability to master sufficient number of vocabulary. This consequently affects their ability to effectively use Arabic in any situations. This study therefore aims to investigate vocabulary mastery and the appropriate vocabulary size for learning Arabic at tertiary level. This study also aims to assess the extent students are able to master the appropriate vocabulary size. Document analysis was conducted to achieve the first objective, and for the second objective, based on the Corpus of Contemporary Arabic (CCA), a vocabulary mastery test was administered to 59 first year students at the Faculty of Major Language Studies, USIM. The test measured the students’ ability to determine word categories, patterns and meanings, and to build complete sentences using the listed vocabulary in the CCA. The vocabulary mastery test was able to provide students’ vocabulary size, and link this level of competency to their proficiency in communicating using Arabic. The findings revealed that the students were generally able to master about 1500-2000 Arabic words. Meanwhile, the document analysis concluded that university students learning a second language like Arabic need to master around 3000-5000 words in order to ease their learning.

Published

2020-05-30

How to Cite

Abdul Razak, Z. R., Samah, R., & Ismail, S. (2020). Tahap Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab Pelajar Universiti: Satu Kajian Korpus di Universiti Sains Islam Malaysia: Arabic Vocabulary Mastery among University Students: A Corpus-based Analysis Study at Universiti Sains Islam Malaysia. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 10(1), 71–80. https://doi.org/10.15282/ijleal.v10.3544

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 4 5 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.