Sebutan Kosa Kata Bahasa Pertama Kanak-Kanak Speech Delay Melalui Analisis Linguistik Klinikal

First Language Vocabulary Pronunciation of Speech Delay Children through Clinical Linguistics Analysis

Authors

  • Siti Noridayu Abd. Nasir Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Hazlina Abdul Halim Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Rohaidah Kamaruddin Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Ahmad Shuib Yahaya Universiti Putra Malaysia, Malaysia

Keywords:

Bahasa pertama, Kosa kata, Linguistik klinikal, Speech delay

Abstract

Penguasaan dalam sebutan kosa kata bahasa pertama begitu penting kepada kanak-kanak untuk menguasai pembelajaran secara formal atau tidak formal. Namun begitu, kanak-kanak speech delay mengalami masalah dalam menguasai sebutan bahasa pertama mereka. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hasil sebutan kosa kata kanak-kanak speech delay. Kemudian, bertujuan menghuraikan halangan dalam penguasaan bahasa pertama kanak-kanak speech delay serta menghubung kait dapatan kajian dengan Teori Behaviorisme B.F. Skinner. Metodologi kajian yang diaplikasikan adalah berbentuk deskriptif dengan merujuk artikel ilmiah berkaitan kajian ini serta responden dikaji secara mendalam. Dapatan kajian memperlihatkan kanak-kanak speech delay mengalami masalah dalam sebutan kosa kata bahasa Melayu yang menjadi bahasa pertama responden. Malah, pemerolehan bahasa kanak-kanak speech delay terhalang kerana penggunaan alat teknologi, komunikasi lisan yang terhad bersama ahli keluarga dan kurangnya motivasi untuk belajar bahasa Melayu. Seterusnya, Teori Behaviorisme B.F. Skinner menunjukkan bahawa tingkah laku responden mempengaruhi tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak speech delay yang memberikan kesan kepada sebutan dalam kosa kata bahasa Melayu. Oleh itu, berlakunya perubahan dalam pembentukan kosa kata bahasa pertama dengan pengguguran seku kata menjadikan perkataan yang lebih ringkas dan pendek. Walau bagaimanapun, penghasilan perkataan baru merujuk kepada sesuatu yang dikenali dengan jelas oleh responden. Malah, hasil kajian ini mengupas situasi ujaran kosa kata kanak-kanak speech delay dalam penguasaan bahasa pertama. Adalah diharapkan bahawa kajian ini dapat memberikan ruang dan rujukan kajian berkaitan linguistik klinikal melibatkan kanak-kanak speech delay untuk membantu mereka meningkatkan pemerolehan serta penguasaan kosa kata bahasa Melayu.

Mastery in first language vocabulary pronunciation is essential for children in both formal and informal learning. However, speech delay children have difficulty mastering the pronunciation of their first language. Therefore, this study will identify the vocabulary pronunciation of speech delay children. This study also aims to explain the challenges speech delay children experience in acquiring their first language as well as linking the findings of the study with Behaviorism Theory by B.F. Skinner. The research method applied is descriptive by referring to scientific articles related to this study and the respondents. The findings of the study showed that speech delay children had problems in pronouncing Malay vocabulary with Malay as their first language. In fact, speech delay children's language acquisition is hindered due to the use of technological tools, limited oral communication with family members and lack of motivation to learn Malay. Next, Behaviorism Theory by B.F. Skinner shows that respondents' behavior influences the level of language acquisition of speech delay children which affects pronunciation in Malay vocabulary. Therefore, the occurrence of changes in the formation of the vocabulary of the first language with the dropping of syllables makes words simpler and shorter. However, this development of new words is something that is clearly understood by the respondent. In addition, the results of this study examine the vocabulary situation of children with speech delay in mastering their first language. It is hoped that this study can provide opportunities and reference for studies related to clinical linguistics involving children with speech delay to help them improve their acquisition and mastery of Malay vocabulary.

 

Published

2023-12-15

How to Cite

Abd. Nasir, S. N., Abdul Halim, H. ., Kamaruddin, R., & Yahaya, A. S. (2023). Sebutan Kosa Kata Bahasa Pertama Kanak-Kanak Speech Delay Melalui Analisis Linguistik Klinikal: First Language Vocabulary Pronunciation of Speech Delay Children through Clinical Linguistics Analysis. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 13(2), 83–93. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/8517

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 4 5 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.