Jenis Bahasa Sindiran dalam Ujaran Vlog

Authors

  • Siti Norsyahida Mohd A Rashid
  • Nor Azuwan Yaakob

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v7.511

Keywords:

Bahasa sindiran, Ironi, Sarkastik, Sinisme, Vlog

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menganalisis bahasa sindiran yang terdapat dalam ujaran vlog Mat Luthfi. Bahasa sindiran merupakan satu bentuk kata yang mempunyai makna yang tersirat. Makna yang tersirat ini menyukarkan penginterpretasian makna sesuatu ujaran. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dan berbentuk kualitatif bagi mengenal pasti kekerapan dan jenis penggunaan bahasa sindiran dalam vlog Mat Luthfi. Kerangka teori dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan Kerangka keraf. Teori ini memberi penekanan kepada bahan kajian yang dikaji, iaitu video yang dihasilkan oleh vlogger Mat Luthfi yang diperolehi daripada laman sesawang Youtube, dari tahun 2011 hingga tahun 2014. Ujaran yang dikaji telah ditranskripsikan daripada bentuk lisan kepada bentuk penulisan. Pemilihan data dibuat berdasarkan kepada ketiga-tiga jenis bahasa sindiran, iaitu ironi, sarkastik dan sinisme. Dapatan kajian mendapati sebanyak 84% kekerapan penggunaan bahasa sindiran jenis sinisme, 10% bahasa sindiran jenis ironi dan 6% bahasa sindiran jenis sarkastik. Berdasarkan hasil kajian, ujaran vlog menepati kerangka yang digunakan. Ujaran yang dituturkan oleh Mat Luthfi mempunyai makna yang tersirat dan mengandungi unsur sindiran.

Author Biographies

Siti Norsyahida Mohd A Rashid

Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Nor Azuwan Yaakob

Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Downloads

Published

2017-12-04

How to Cite

Mohd A Rashid, S. N., & Yaakob, N. A. (2017). Jenis Bahasa Sindiran dalam Ujaran Vlog. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 7. https://doi.org/10.15282/ijleal.v7.511

Issue

Section

Research Articles