PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN MODUL KAUNSELING KELOMPOK BERDASARKAN TEKNIK SURAH LUKMAN (AYAT 12 HINGGA 19) TERHADAP MURID SEKOLAH MENENGAH

Construction, Validity and Reliability of a Group Counseling Module Based on the Technique of Surah Lukman (verses 12 to 19) in Secondary School Students

Authors

  • Mohd Ropizam Mohamad Zainun Center for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang, 26600 Pahang, Malaysia
  • Muhammad Nubli Abdul Wahab Center for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang, 26600 Pahang, Malaysia
  • Abdul Rashid Abdul Aziz Faculty of Leadership and. Management, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai 71800 Nilai Negeri Sembilan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9867

Keywords:

Module reliability, Group counselling, Surah Lukman, Secondary school

Abstract

Kaunseling kelompok merupakan proses penting dalam program bimbingan perubahan tingkah laku. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan Modul Kaunseling Kelompok Berdasarkan Teknik Surah Lukman (ayat 12 hingga 19) Terhadap Murid Sekolah Menengah. Modul ini mengandungi 8 komponen utama iaitu konsep bersyukur, kemantapan akidah, nasihat secara berhikmah, penjelasan tentang ganjaran pahala dan dosa, bimbingan menunaikan solat, larangan bertingkah laku sombong dan membangga diri, cara berjalan, dan sentiasa mengingati tentang pengakhiran hidup. Melalui lapan aspek hikmah ini dibangunkan lapan aktiviti utama yang merangkumi elemen ibadah, akidah dan akhlak untuk membantu murid membuat perubahan tingkah laku positif. Pembangunan modul ini yang menggabungkan pelbagai bidang teras utama ilmu psikologi, kaunseling, dan agama dapat meningkatkan profesional perkhidmatan kaunseling di Malaysia bagi membantu murid sekolah membuat perubahan tingkah laku positif. Kesahan modul ini dijalankan oleh 10 orang pakar dalam pelbagai bidang kaunseling dan psikologi pendidikan. Modul ini telah diuji terhadap 30 orang murid sekolah menengah dalam tempoh dua bulan secara berturut-turut. Hasil maklum balas daripada pakar penilai, modul ini sesuai digunakan terhadap sampel murid. Keberkesanan modul ini terhadap murid telah dinilai melalui data koheran biomaklumbalas untuk melihat kesan perubahan hati yang dilakukan oleh murid setelah melalui aktiviti dalam modul ini.

Group counseling is an important process in behavior change guidance programs. The purpose of this study was to develop a Group Counseling Module Based on the Technique of Surah Lukman (verses 12 to 19) for Secondary School Students. This module contains 8 main components which are the concept of gratitude, solidity of belief, wise advice, explanation of rewards and sins, guidance in performing prayers, prohibition of arrogant and boastful behavior, how to walk, and always remember about the end of life. Through these eight aspects of wisdom, eight main activities are developed that include elements of worship, faith and morals to help students make positive behavioral changes. The development of this module that combines various core areas of psychology, counseling, and religion can improve counseling service professionals in Malaysia to help school students make positive behavioral changes. Validation of this module was carried out by 10 experts in various fields of counseling and educational psychology. This module was tested on 30 high school students in a period of two consecutive months. As a result of feedback from expert assessors, this module is suitable for use with a sample of students. The effectiveness of this module on students has been evaluated through biofeedback coherence data to see the effect of a change of heart made by students after going through the activities in this module.

Downloads

Published

2023-10-30

How to Cite

Mohamad Zainun, M. R., Abdul Wahab, M. N., & Abdul Aziz, A. R. (2023). PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN MODUL KAUNSELING KELOMPOK BERDASARKAN TEKNIK SURAH LUKMAN (AYAT 12 HINGGA 19) TERHADAP MURID SEKOLAH MENENGAH: Construction, Validity and Reliability of a Group Counseling Module Based on the Technique of Surah Lukman (verses 12 to 19) in Secondary School Students. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 8(2), 42–52. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9867

Issue

Section

Islamic Studies