FAKTOR TERAPEUTIK KAUNSELING KELOMPOK DALAM MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN KENDIRI

Therapeutic Factors of Group Counseling in Improving Personal Well-Being

Authors

  • Abdul Rashid Abdul Aziz Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
  • Muhammad Nubli Abdul Wahab Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Malaysia
  • Mohd Ropizam Mohd Zainun Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Malaysia
  • Nor Hamizah Ab Razak Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
  • Norizan Yusof Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Malaysia
  • Rezki Perdani Sawai Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9345

Keywords:

Group counseling, Therapeutic, Personal Well-being, Mental health

Abstract

Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada diri setiap klien. Kemahiran kaunseling dalam perhubungan terapeutik antara kaunselor dan klien adalah sangat penting dalam mendorong perubahan diri klien. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka elemen terapeutik dalam kaunseling kelompok yang dapat meningkatkan kesejahteraan kendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif menerusi analisis kandungan terhadap artikel-artikel yang telah diterbitkan dalam pangkalan data seperti Scopus, Social Sciences Citation Index (SSCI) dan Science Direct. Sebanyak 45 artikel telah dipilih. Kajian ini telah mendapati bahawa terdapat lima faktor utama terapeutik yang membawa kepada kesejahteraan diri termasuklah sikap altruisme dan membantu, kemahiran insaniah, katarsis jiwa, kejeleketan kelompok dan pengkayaan maklumat serta nilai. Kesimpulannya, kajian ini secara langsung dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan kaunselor berkenaan pelaksanaan kaunseling kelompok yang perlu mengambil kira elemen terapeutik sebagai faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya.

Counselors play a role and are responsible for developing all the potential that exists in each client. Counseling skills in the therapeutic relationship between the counselor and the client are very important in encouraging the client's self-change. Therefore, this study aims to explore therapeutic elements in group counselling that can improve the well-being of the involved clients. This study used qualitative research methods through content analysis of articles that have been published in databases such as Scopus, Social Sciences Citation Index (SSCI) and Science Direct. A total of 45 articles were selected. This study has found that there are five main therapeutic factors that lead to personal well-being including altruism and helping skills, soft skills, soul catharsis, group cohesiveness and enrichment of information and values. In conclusion, this study directly increases awareness among counselors regarding the implementation of group counseling that needs to take into account the therapeutic element as a factor that can increase the effectiveness of its implementation.

Downloads

Published

2023-10-30

How to Cite

Abdul Rashid Abdul Aziz, Muhammad Nubli Abdul Wahab, Mohd Ropizam Mohd Zainun, Nor Hamizah Ab Razak, Norizan Yusof, & Rezki Perdani Sawai. (2023). FAKTOR TERAPEUTIK KAUNSELING KELOMPOK DALAM MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN KENDIRI: Therapeutic Factors of Group Counseling in Improving Personal Well-Being. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 8(2), 90–98. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9345

Issue

Section

Social Science