FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RELAPS ORANG KENA PENGAWASAN (OKP) DALAM PENAGIHAN DADAH : KAJIAN KES DI FELDA KERATONG

Factors Influencing Relapse Among People under Supervision (OKP) in Drug Addiction: A Case Study in Felda Keratong

Authors

  • Mohamad Hilmi Mat Said Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Malaysia
  • Paridah Mohd Ali Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Malaysia
  • Fara Hazlini Mohd Som Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Malaysia
  • Siti Norni Mohd Daud Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Malaysia
  • Nur Azila Osman Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6246

Keywords:

Drugs, OKP, Relapse

Abstract

The number one enemy of the Malaysian country is drugs. One of the main problems and challenges faced by various parties, especially the National Anti-Drug Agency (AADK) for the purpose of combating the drug problem, is related to the high rate of relapse addiction. Relapse is a reappearance of symptoms of the disease after it seems almost cured. This study was conducted at Felda Keratong 3, a total of 4 counselors were involved with a total of 100 OKPs. The objective of this study is to identify, study and analyze relapse factors that affect OKP in drug addiction. The research methodology is qualitative data collection. In this study, the counselors will hold group and individual counseling sessions. Through this interview method, the information obtained is collected, studied and analyzed. Felda Keratong 3 which is the program center for AADK and other NGOs runs the RINTIS project for drug addicts. The focus of this project is on new drug addicts as well as relapsed drug addicts. Most OKPs are Malay. While the method of obtaining data for this study is through group and individual counseling sessions on a predetermined date. A total of eight group meetings and two individual meetings were conducted. All information and findings are taken during the ongoing session. In general, it can be concluded that the main factors that cause OKP to relapse are weaknesses from the point of view of religious appreciation, which is too fragile. Families who are unable to help them to migrate and the felda environment which is generally identified as a black area become a den of drug addiction in this country.

 

Dadah merupakan musuh nombor satu tanah air Malaysia. Salah satu masalah dan cabaran utama yang dihadapi oleh pelbagai pihak khususnya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tujuan membanteras masalah dadah, adalah berkaitan dengan kadar penagihan relaps yang tinggi. Relaps merupakan satu kemunculan semula gejala penyakit sesudah kelihatan hampir sembuh. Kajian ini dilakukan di Felda Keratong 3, seramai 4 orang kaunselor terlibat dengan bilangan OKP seramai 100 orang. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti, mengkaji dan menganalisa faktor faktor relaps yang mempengaruhi OKP dalam penagihan dadah. Metodologi kajian ialah pengumpulan data secara kualitatif. Dalam kajian ini para kaunselor akan mengadakan sesi kaunseling kelompok dan individu.. Melalui kaedah temubual ini maklumat yang diperoleh dikumpul, dikaji dan dianalisa. Felda Keratong 3 yang menjadi pusat program kepada AADK dan NGO lain menjalankan projek RINTIS kepada penagih dadah. Tumpuan projek ini adalah kepada penagih dadah baru dan juga penagih dadah yang relaps. Kebanyakan OKP berbangsa melayu. Manakala cara dapatan data kajian ini adalah melalui sesi kaunseling kelompok dan individu pada tarikh yang telah ditetapkan. Sebanyak lapan kali pertemuan kelompok dan dua kali pertemuan individu telah dijalankan. Segala maklumat dan dapatan diambil semasa sesi berlansung. Secara umumnya dapat disimpulkan faktor-faktor utama yang menyababkan OKP ini kembali relaps ialah kelemahan dari sudut penghayatan agama, yang terlalu rapuh. Keluarga yang tidak mampu membantu mereka untuk berhijrah dan Persekitaran felda yang rata-rata dikenalpasti sebagai kawasan hitam menjadi sarang penagihan dadah di Negara ini.

Downloads

Published

2021-03-08 — Updated on 2021-03-08

Versions

How to Cite

Mat Said, M. H., Paridah Mohd Ali, Fara Hazlini Mohd Som, Siti Norni Mohd Daud, & Nur Azila Osman. (2021). FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RELAPS ORANG KENA PENGAWASAN (OKP) DALAM PENAGIHAN DADAH : KAJIAN KES DI FELDA KERATONG: Factors Influencing Relapse Among People under Supervision (OKP) in Drug Addiction: A Case Study in Felda Keratong. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S2), 23–28. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6246

Issue

Section

Articles