PEMANTAPAN PENGURUSAN KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN AM UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA

Strengthening the Management of General Staff Unions at Public University in Malaysia

Authors

  • Mohd Faiq Abd Aziz Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
  • Ismi Arif Ismail Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
  • Haslinda Abdullah Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
  • Nur Raihan Che Nawi Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
  • Nurul Afiqah Zulkifly Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
  • Muhd. Dhamir Audi Azizul Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9603

Keywords:

Management, Membership, Organizational, Trade Union, Workers rights

Abstract

Kesatuan sekerja Universiti Awam terdapat di semua wilayah di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kesatuan-kesatuan ini bergerak secara tersendiri mengikut wilayah masing-masing sejajar dengan kehendak Akta Kesatuan Sekerja 1959. Kesatuan sekerja ini dikawal selia dengan baik oleh Persatuan Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia/IPTA (GAKUM). Walaupun terdapat banyak kajian mengenai keberkesanan kesatuan sekerja, namun kajian mengenai keberkesanan kesatuan sekerja di Malaysia adalah terhad dan skop serta pendekatan yang digunakan adalah berbeza-beza. Kadar keahlian kesatuan sekerja yang tinggi dapat menjamin keberkesanan perundingan kolektif. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kaedah dan proses perundingan dengan pihak pengurusan universiti serta menganalisis isu yang mengekang penglibatan ahli dalam aktiviti kesatuan sekerja. Kajian ini menggunakan metod kualitatif melalui kaedah Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD). Seramai 15 orang presiden kesatuan dan 15 orang setiausaha kesatuan telah terlibat di dalam perbincangan kumpulan berfokus ini berdasarkan sesi yang berlainan. Dapatan kajian menunjukkan tiga komponen utama kaedah dan proses perundingan dengan pihak pengurusan universiti di Malaysia iaitu kaedah perundingan oleh pihak kesatuan dengan pihak pengurusan universiti, proses perundingan, dan tempoh perundingan. Dua komponen utama telah diteliti berdasarkan isu yang mengekang penglibatan ahli dalam aktiviti kesatuan sekerja iaitu isu pihak pengurusan pusat tanggungjawab PTJ dan isu -isu peribadi pekerja. Implikasi kajian ini adalah sebagai usaha untuk memastikan kelastarian kesatuan sekerja, meningkatkan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab kesatuan dan menambah baik kaedah perundingan kesatuan sekerja dengan pihak pengurusan universiti. Penyelidikan lanjutan wajar diteliti berdasarkan dapatan terkini iaitu mengenalpasti cadangan penambahbaikan dalam meningkatkan penglibatan ahli, peningkatan pengurusan ahli, serta pengurusan kepimpinan.

Trade Unions in public institute of higher learning in Malaysia are initiate in Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak. These unions move discretely according to their respective regions in line with the requirements of the Trade Union Act 1959. These trade unions are well regulated by the Association of Presidents and Honorary Secretaries of Malaysian University/IPTA Staff Unions (GAKUM). Though there are numerous studies on the effectiveness of trade unions, the issue on the effectiveness of trade unions in Malaysia are limited and the scope and approaches used are varied. A high union membership rate can guarantee the effectiveness of collective bargaining. The aim of the present study to identify the method and process of consultation with the university management as well as analyze the issues that constrain the involvement of members in trade union activities. This study employed a qualitative method using the Focus Group Discussion (FGD) towards 15 union presidents and 15 union secretaries. The findings of the study indicates three main components of the method and process of consultation with the university management in Malaysia, specifically the method of consultation by the union with the university management, the consultation process, and the duration of the consultation. Two main components have been observed based on the issues that constrain members' involvement in trade union activities, namely responsibility center management issues (PTJ) and workers personal issues. The implication of this study acknowledged an effort to ensure the sustainability of trade unions, increase awareness of the responsibilities of unions and improve negotiation process between unions and university management. Future research should be looking into the present findings which is to improve in increasing union membership and the management of membership, leadership skills.

Downloads

Published

2023-10-30

How to Cite

Abd Aziz, M. F., Ismail, I. A., Abdullah, H., Che Nawi, N. R., Zulkifly, N. A., & Azizul, M. D. A. (2023). PEMANTAPAN PENGURUSAN KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN AM UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA: Strengthening the Management of General Staff Unions at Public University in Malaysia. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 8(2), 149–159. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9603

Issue

Section

Articles