SISTEM PENGURUSAN DIGITAL PROGRAM ‘IMARAH MASJID: KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN DAN PEMBANGUNAN

Digital Management System of the 'Imarah Masjid' Program: An Analysis of Needs and Development Study

Authors

  • Mohd Suhardi Mat Jusoh Center for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang, 26600 Pahang, Malaysia
  • Mohd. Nordin Samah Imam Besar, Masjid Negeri Pulau Pinang, 10400 Pulau Pinang, Malaysia
  • Noorhuzaimi @ Karimah M. Noor Faculty of Computing, Universiti Malaysia Pahang, 26300 Pahang, Malaysia
  • Abdul Kamil Jamaludin Center for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang, 26600 Pahang, Malaysia
  • Mohd Nasir Ayub Aademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Pahang Kampus Raub, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9863

Keywords:

Community development , Digital profiling, Digital evaluation, Digital management

Abstract

Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, fungsi masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat seharusnya dapat dipertingkatkan keberkesanannya secara optimum dengan keupayaan ICT dan teknologi. Bagi merealisasikan hasrat ini, terdapatnya suatu keperluan untuk membangunkan satu sistem pengurusan digital program ‘imarah masjid berasaskan web sebagai platform digital pengurusan program ‘imarah masjid bagi menggantikan kekurangan yang sedia ada pada sistem manual. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen-elemen keperluan dan pembangunan sistem ini dalam aspek pengurusan program dan aktiviti ‘imarah masjid. Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan metod analisis dokumen dan kajian temubual semi-struktur dengan pihak pengurusan masjid negeri Pulau Pinang bagi membangunkan kerangka konseptual kajian. Berdasarkan analisis dokumen dan dapatan kajian temubual, kajian ini telah dapat mengenalpasti empat aspek keperluan utama dalam pembangunan sistem pengurusan program digital masjid ini iaitu pengurusan digital program, profiling digital peserta, hebahan digital program dan penilaian digital impak program masjid. Dengan itu, satu model konseptual kajian keperluan dan pembangunan sistem ini dapat dibangunkan dan model konseptual kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam membangunkan sistem pengurusan digital program ‘imarah masjid berdasarkan keperluan Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

In line with the advancement of technology nowadays, the function of the mosque as a community development center should be able to improve its effectiveness with the capabilities of ICT and technology. To realize this agenda, there are a need to develop a web-based digital management system for the 'imarah mosque program as a digital platform for the management of the mosque's 'imarah program' to replace the manual system. Accordingly, the main objective of this study is to identify the elements of the need and development of this system in the aspect of managing the program and activities of the 'imarah mosque'. This study was conducted qualitatively using the method of document analysis and semi-structured interviews with the Penang Mosque management to develop a conceptual framework for the study. Based on document analysis and interview findings, this study has identified four aspects of the main requirements for the mosque's digital program management system which is ; program digital management, participant digital profiling, program digital announcements and mosque program impact digital evaluation. Thus, a conceptual model of the needs study and development of this system was developed, and the conceptual model of this study can be used as a guide to develop a digital management system for the 'imarah mosque' program based on the requirements of the Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Downloads

Published

2023-10-30

How to Cite

Mat Jusoh, M. S., Samah, M. N., M. Noor, N. @ K., Jamaludin, A. K., & Ayub, M. N. (2023). SISTEM PENGURUSAN DIGITAL PROGRAM ‘IMARAH MASJID: KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN DAN PEMBANGUNAN: Digital Management System of the ’Imarah Masjid’ Program: An Analysis of Needs and Development Study. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 8(2), 73–79. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9863

Issue

Section

Islamic Studies