KEBERKESANAN PEMBELAJARAN AKHLAK MURID TABIKA KEMAS MENERUSI MODEL PENILAIAN KIRKPATRIK DI NEGERI KELANTAN

Authors

  • Mazeni binti Ismail Kolej PolyTech MARA Kota Bharu Kelantan, Malaysia
  • Hasmadi bin Hassan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

Abstract

Islamic Project© ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dibina untuk menerapkan pendidikan akhlak kanak-kanak prasekolah yang merangkumi adab-adab dalam perbualan, pergaulan dan sebagainya. Matlamat kajian ini adalah untuk membina dan menilai keberkesanan penggunaan kaedah Islamic Project© oleh guru prasekolah dalam membantu meningkatkan perkembangan akhlak murid prasekolah di Tabika-tabika KEMAS negeri Kelantan. Kajian ini melibatkan tiga fasa. Fasa ini melibatkan 50 orang dari kumpulan intervensi dan 50 orang dari kumpulan kawalan. Keberkesanan intervensi ini dinilai menggunakan Model Penilaian 4 Tahap Kirkpatrick. Hasil kajian mendapati struktur dan kandungan modul Islamic Project© ini mencapai tahap kepuasan yang amat tinggi (CVI = 0.95). Hasil analisis ANCOVA juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua perbandingan dalam kumpulan intervensi dan kawalan, di mana min pengetahuan murid meningkat dalam kumpulan yang menerima intervensi . Hasil kajian juga menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan pada perubahan skor pengetahuan antara kumpulan intervensi dan kawalan berdasarkan masa (f(F-stat=53.35 ;p-value=<0.001).

Downloads

Published

2021-07-19

Issue

Section

Articles