ISU-ISU KEBOLEHPERCAYAAN SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN MEMBERIKAN MAKLUM BALAS PRESTASI MENURUT PEGAWAI PENILAI DAN PEGAWAI YANG DINILAI DI SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • Majelan Sulong Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
  • Rusli Ahmad Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
  • Nur Fatihah Abdullah Bandar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Abstract

Kajian tinjauan ini mengkaji tentang isu-isu berkaitan kebolehpercayaan sumber dalam pelaksanaan amalan memberikan maklum balas prestasi menurut pegawai penilai (PP) dan pegawai yang dinilai (PYD) di sekolah menengah di Sarawak. Seramai 56 orang PP dan 112 PYD telah terlibat. Pengumpulan data kajian dilaksanakan dengan menggunakan teknik pengumpulan data secara atas talian melalui aplikasi Google Forms dan data dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan kuantitatif. Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan isu-isu berkaitan kebolehpercayaan sumber dalam pelaksanaan amalan memberikan maklum balas prestasi dihubungkaitkan dengan tiga aspek iaitu ketidakyakinan memberikan maklum balas prestasi, kurangnya pengetahuan tentang prestasi kerja dan kegagalan berperanan sebagai suri teladan. Dapatan kajian ini dipercayai memberikan input yang berharga kepada pegawai perkhidmatan pendidikan khususnya PP dan PYD di sekolah serta pengamal sumber manusia di organisasi lain bagi menambah baik pelaksanaan amalan memberikan maklum balas prestasi.

Downloads

Published

2021-07-19

Issue

Section

Articles