ISU-ISU KEBOLEHPERCAYAAN SUMBER DALAM PELAKSANAAN AMALAN MEMBERIKAN MAKLUM BALAS PRESTASI MENURUT PEGAWAI PENILAI DAN PEGAWAI YANG DINILAI DI SEKOLAH MENENGAH
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i1.6663Abstract
Kajian tinjauan ini mengkaji tentang isu-isu berkaitan kebolehpercayaan sumber dalam pelaksanaan amalan memberikan maklum balas prestasi menurut pegawai penilai (PP) dan pegawai yang dinilai (PYD) di sekolah menengah di Sarawak. Seramai 56 orang PP dan 112 PYD telah terlibat. Pengumpulan data kajian dilaksanakan dengan menggunakan teknik pengumpulan data secara atas talian melalui aplikasi Google Forms dan data dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan kuantitatif. Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan isu-isu berkaitan kebolehpercayaan sumber dalam pelaksanaan amalan memberikan maklum balas prestasi dihubungkaitkan dengan tiga aspek iaitu ketidakyakinan memberikan maklum balas prestasi, kurangnya pengetahuan tentang prestasi kerja dan kegagalan berperanan sebagai suri teladan. Dapatan kajian ini dipercayai memberikan input yang berharga kepada pegawai perkhidmatan pendidikan khususnya PP dan PYD di sekolah serta pengamal sumber manusia di organisasi lain bagi menambah baik pelaksanaan amalan memberikan maklum balas prestasi.
Downloads
Published
Versions
- 2023-05-16 (2)
- 2021-07-19 (1)