Hubungan di Antara Kepimpinan Kontekstual Pengetua dengan Kesejahteraan Guru di Tempat Kerja : Pengupayaan Guru Sebagai Mediator

  • Suhaili Mohd Yusoff
  • Tengku Faekah Tengku Ariffin

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap amalan kepimpinan kontekstual pengetua, pengupayaan guru dan kesejahteraan guru di tempat kerja serta melihat pengaruh pengupayaan guru sebagai pemboleh ubah pengantara terhadap hubungan kepimpinan kontekstual pengetua dengan kesejahteraan guru di tempat kerja. Tinjauan kajian rentas digunakan bagi mengumpul data yang melibatkan guru sekolah menengah harian Negeri Kelantan, Malaysia. Seramai 371 orang guru daripada jumlah populasi 10866 telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan berperingkat. Instrumen Kesejahteraan Guru di Tempat Kerja  yang telah diadaptasi oleh Yusni Zaini (2015) digunakan untuk mengukur pemboleh ubah kesejahteraan guru di tempat kerja manakala instrumen Kepimpinan Kontekstual Pengetua (MyCLIPS) telah dibina oleh pengkaji bagi mengukur pemboleh ubah kepimpinan kontekstual pengetua dalam konteks Malaysia. Instrumen School Participation Empowerment Scale (SPES) oleh Short dan Rinehart (1992) telah diadaptasi dan dimodifikasi berdasarkan konteks kajian juga telah digunakan bagi mengukur pemboleh ubah pengupayaan guru. Analisis laluan struktural  antara konstruk dalam Model Persamaan Berstruktur (SEM) dengan perisian AMOS Versi 24 digunakan bagi melihat saling pengaruh sesuatu konstruk dengan konstruk yang lain dalam kajian. Analisis laluan struktural dalam Model Persamaan Berstruktur (SEM) menunjukkan bahawa pengupayaan guru berperanan sebagai pengantara penuh yang signifikan bagi hubungan di antara kepimpinan kontekstual pengetua dengan kesejahteraan guru di tempat kerja. Hasil kajian ini mengukuhkan   Teori Z yang diperkenalkan oleh Ouchi (1981) dalam pengurusan sumber manusia. Kajian mendapati hubungan di antara kepimpinan kontekstual pengetua dengan kesejahteraan guru di tempat kerja hanya signifikan dengan amalan kepimpinan pengetua yang mengupaya guru-guru dalam tugasan mereka. Ujian Bootrapping mengesahkan peranan mediator dalam hubungan tersebut iaitu (p= 0.002).

Author Biographies

Suhaili Mohd Yusoff

Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden

Universiti Utara Malaysia

Tengku Faekah Tengku Ariffin

Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden

Universiti Utara Malaysia

Published
2020-07-01
Section
Articles