ANALISIS PENERIMAAN PENGGUNAAN APLIKASI TELEGRAM BAGI MODUL LATIHAN PENYEDIAAN ASAS (SPU 1033) DI KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU, SABAH

Analysis of the Acceptance of using the Telegram Application in the Basic Preparation Training Module (SPU 1033) at Kota Marudu Community College, Sabah

Authors

  • Zulkurnain Hassan Kolej komuniti Kota Marudu,,Sabah, Jaya Industrial Centre, 89108 Kota Marudu, Sabah, Malaysia
  • Muhamad Asrul Affendi bin Mat Nor Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak
  • Norazlina binti Musa Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah, Jaya Industrial Centre, 89108 Kota Marudu, Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6227

Keywords:

Telegram, Module SPU 1033, Bahan pengajaran, Memudahkan pembelajaran

Abstract

TELESPU 1 is a Telegram group that contains all learning information for the Basic Preparation Training module (SPU 1033) from the syllabus to the assessment and from references to links. This study aims to identify the level of acceptance of Kota Marudu Community College students towards TELESPU 1 based on the TAM Technology Acceptance Model in studying SPU Module 1033. It is also to see if there is a significant relationship between the variables in the TAM Technology Acceptance Model in studying SPU Module 1033 The respondents consisted of all semester 1 students who took the SPU 1033 (Basic Preparation Training) module. This study was conducted using a questionnaire as a research instrument and the data was analyzed descriptively and inferentially. Data analysis was processed using Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 20.0 (SPSS) software and the results of the study were reported in the form of mean, standard deviation, percentage and correlation test. Based on the findings of the study, the mean average value for all variables was between 3.57 (moderate) to 3.82 (high). This shows that the effect of using TELESPU 1 based on TAM is at a high and satisfactory level. The findings also show that students use TELESPU 1 because it is found to be useful and easy to use, good and positively influenced by the student's attitude towards the use of TELESPU 1. The whole study found that learning to use the Telegram application for the SPU 1033 module is effective and can increase knowledge and interest among respondents. It is recommended that the use of the Telegram application be expanded for learning purposes for other modules.

 

TELESPU 1 adalah satu group Telegram yang mengandungi semua maklumat pembelajaran bagi modul Latihan Penyediaan Asas (SPU 1033) daripada silibus hinggalah kepada penilaian, dari rujukan hinggalah pautan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu terhadap TELESPU 1 berdasarkan Model Penerimaan Teknologi TAM dalam mempelajari Modul SPU 1033. Ia juga bagi melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pembolehubah-pembolehubah dalam Model Penerimaan Teknologi TAM dalam mempelajari Modul SPU 1033. Responden adalah terdiri daripada semua pelajar semester 1 yang mengambil modul SPU 1033 (Latihan Penyediaan Asas). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data analisis diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 20.0 (SPSS) dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan dan Ujian korelasi. Berdasarkan dapatan kajian nilai purata min bagi semua pemboleh ubah berada antara 3.57 (sederhana) hingga 3.82 (tinggi). Ini menunjukkan bahawa kesan penggunaan TELESPU 1 berdasarkan TAM berada pada tahap tinggi dan memuaskan. Dapatan juga menunjukkan pelajar menggunakan TELESPU 1 kerana ia didapati berguna dan mudah digunakan, baik dan dipengaruhi secara positif oleh faktor sikap pelajar terhadap penggunaan TELESPU 1. Keseluruhan kajian mendapati pembelajaran menggunakan aplikasi Telegram untuk modul SPU 1033 adalah berkesan dan dapat meningkatkan pengetahuan dan minat dalam kalangan responden. Dicadangkan penggunaan aplikasi Telegram diperluaskan untuk tujuan pembelajaran bagi modul yang lain.

Downloads

Published

2021-03-08 — Updated on 2021-03-08

Versions

How to Cite

Hassan, Z., Muhamad Asrul Affendi bin Mat Nor, & Norazlina binti Musa. (2021). ANALISIS PENERIMAAN PENGGUNAAN APLIKASI TELEGRAM BAGI MODUL LATIHAN PENYEDIAAN ASAS (SPU 1033) DI KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU, SABAH: Analysis of the Acceptance of using the Telegram Application in the Basic Preparation Training Module (SPU 1033) at Kota Marudu Community College, Sabah. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S1), 16–24. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6227

Issue

Section

Articles