FAKTOR-FAKTOR HUBUNGAN PENYERTAAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI MERSING TERHADAP SAHAM WAKAF JOHOR
Factors of the Relationship of Secondary School Teachers in Mersing to Johor Wakaf Share
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9861Keywords:
Guru sekolah menengah, Teori Tingkah laku Terancang (TPB), Penyertaan, Saham Wakaf JohorAbstract
Saham Wakaf Johor merupakan wadah dalam memacu pembangunan ekonomi Islam di negeri Johor. Namun sejak lima tahun kebelakangan ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berdepan dengan masalah penurunan kutipan Saham Wakaf Johor yang sangat ketara. Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi niat terhadap penyertaan Saham Wakaf Johor, khususnya dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di Mersing Johor. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data dari sampel kajian. Instrumen diadaptasi dan diubahsuai dari pada Teori Tingkah laku Terancang (TPB) dan mengikut keperluan persoalan kajian. Soal selidik mengandungi empat kontruk iaitu niat, sikap, kawalan tingkah laku dan norma subjektif. Pemilihan sampel kajian menggunakan persampelan rawak mudah.Sampel kajian terdiri daripada 226 orang guru daripada sepuluh buah sekolah menengah di daerah Mersing Johor. Data kajian dianalisis menggunakan Smartpls 3.39. Berdasarkan dapatan kajian, dua faktor iaitu sikap dan norma subjektif signifikan terhadap niat guru menyertai Saham Wakaf Johor. Manakala faktor kawalan tingkah laku tidak signifikan terhadap niat guru untuk menyertai Saham Wakaf Johor. Penemuan menunjukkan min niat guru untuk menyertai Saham Wakaf Johor berada pada tahap sederhana tinggi. Kajian ini penting sebagai titik permulaan untuk menyumbang dalam memperkasakan Saham Wakaf Johor dan manfaat masa hadapan.
The Johor Waqf shares are a forum for spurring the development of the Islamic economy in the country of Johor. However, for the past five years, the Johor State Islamic Religious Council (MAINJ) has been faced with the problem of a significant decrease in the collection of Johor Waqf Shares. This study aims to look at the factors that influence the intention to invest in Johor Waqf Shares, especially among secondary school teachers in Mersing Johor. This study is a quantitative study and uses a questionnaire as an instrument to collect data from the study sample. The instrument was adapted and modified from the Theory of Planned Behavior (TPB) and according to the needs of the study problem. Inquiry questions contain four constructs, namely intention, attitude, behavioral control and subjective norms. The study sample was selected using an easy random sample. The study sample consisted of 226 teachers from ten secondary schools in the Mersing Johor area. Study data were analyzed using Smartpls 3.39. Based on the findings of the study, two factors, namely attitudes and subjective norms, are significant for teachers' intentions to participate in the Johor Waqf Shares. While the behavioral control factor is not significant to the teacher's intention to participate in the Johor Waqf Shares. The findings show min teachers' intention to join the Johor Waqf Shares is at a moderately high level. This study is important as a starting point to contribute to strengthening Johor Waqf Shares and future benefits.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Universiti Malaysia Pahang Publishing
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.