KEBERKESANAN MODUL LIQA (LATIHAN INTENSIF HAFAZAN AL-QURAN) DARI ASPEK TAHAP REKA BENTUK: SATU TINJAUAN

The Effectiveness of the LIQA Module (Intensive Training of Quran Memorization) in Terms of Design Level: A Survey

Authors

  • Mohd Hasdi Mohamed Center for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, 26600 Pahang, Malaysia
  • Rashidi Abbas Center for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, 26600 Pahang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v9i1.10741

Keywords:

Memorization, Tilawah al-Quran, Memorization module, Module development, Module effectiveness, Hafazan, Tilawatul Quran, Modul hafazan, Pembangunan modul, Keberkesanan modul

Abstract

The LIQA module is an aid in the field of Tahfiz Al-Quran. It also serves as a workbook and training material for those who want to memorize the Quran. LIQA is an acronym for ‘Latihan Intensif Hafazan Al-Quran’. The LIQA module was introduced through seminars, camps and workshops held throughout Malaysia. It was attended by various levels of society involving pre-school, primary, secondary, teenagers, adults and the elderly. In addition, for mosques and suraus, LIQA Module memorization workshops are also organized by educational agencies such as KAFA (Al-Quran & Fardhu Ain Class), associations and institutions of higher learning. In terms of use, the LIQA Module is widely used, especially in the state of Pahang, which involves KAFA classes, religious secondary schools and institutions and organizations that conduct the Al-Quran tahfiz curriculum. This study aims to review how effective the LIQA Module is in terms of design level. The study was conducted by distributing questionnaires to 30 students at Al-Maarif Religious Secondary School and Abdul Rahman Talib National Secondary School, Kuantan. The results of the study were obtained by using the 'Statistical Package for Social Science' (SPSS) which is a computerized data processing software. The findings of the study show that the effectiveness of the LIQA Module in terms of the design level is at a high score level, with the overall mean range of the items being between 3.67–5.00. At the end of the study, the researcher put forward some suggestions for improvements related to the design of the LIQA Module in order to be more satisfactory and meet the current needs in the field of Tahfiz Al-Quran.

Modul LIQA merupakan bahan bantu dalam bidang tahfiz Al-Quran. Ia juga berfungsi sebagai buku kerja dan bahan latihan bagi yang ingin menghafaz Al-Quran. LIQA adalah akronim kepada Latihan Intensif Hafazan Al-Quran. Modul LIQA diperkenalkan melalui seminar, kem dan bengkel hafazan yang diadakan di seluruh Malaysia. Ianya disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang melibatkan murid pra-sekolah, sekolah rendah, menengah, remaja, dewasa dan golongan berusia. Selain masjid-masjid dan surau-surau, bengkel hafazan Modul LIQA dianjurkan juga oleh agensi-agensi pendidikan seperti KAFA (Kelas Al-Quran & Fardhu Ain),  persatuan-persatuan dan institusi-institusi pengajian tinggi. Dari segi penggunaan pula, Modul LIQA digunakan secara meluas khususnya di negeri Pahang yang melibatkan, kelas-kelas KAFA, sekolah-sekolah menengah agama dan institusi serta organisasi yang mengadakan kurikulum tahfiz Al-Quran. Kajian ini bertujuan meninjau sejauhmanakah keberkesanan Modul LIQA dari segi tahap rekabentuk. Kajian dijalankan dengan mengedarkan soalselidik kepada 30 orang pelajar di Sekolah Menengah Agama Al-Maarif dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan. Keputusan kajian yang diperolehi dengan menggunakan ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) iaitu satu perisian memproses data yang digunakan secara berkomputer. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan Modul LIQA dari segi tahap rekabentuk berada pada tahap skor yang tinggi, dengan keseluruhan julat min item adalah antara 3.67–5.00. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan berkaitan rekabentuk Modul LIQA agar lebih memuaskan dan memenuhi keperluan semasa dalam bidang tahfiz Al-Quran.

References

Azman C.M., Wan Ainun Sailah W.A., Azarudin A., Wan Noor Hazlina W.J. (2021). Tahap amalan kaedah hafazan Al-Quran dalam kalangan pelajar Program Al-Quran Imtiaz. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 3(1), 57-72.

Ahmad, M.Y. (2005). Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, Malaysia.

Ghafar, M.N.A. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Penyelidikan. Skudai, Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.

Kamus Bahasa Melayu. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Capaian: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=-reka+bentuk

Kenali 2 saiz kertas yang utama dalam dunia pencetakan (2020, November, 19). Capaian: https://www.khalifah-copier.com/saiz-kertas-untuk-pencetakan/

Kerlinger, F.N. (1970). Foundations of behavioral research: Educational and psychological inquiry. London: Holt. Reinhart and Winston.

Konting, M.M. (1993). Memahami Penyelidikan Pendidikan: Satu Pengenalan (Edisi ke-4). Fakulti Pengajian Pendidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

McMillan dan Schumacher. (1997). Research in education: A conceptual introduction. New York: Logman.

Mohamed, M.H. (2019). Pelaksanaan Program Bimbingan Tahfiz Bestari (PINTAR) Sebagai Medium Tuisyen Tahfiz Separuh Masa di Negeri Pahang. Disertasi (M. Usuluddin), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mustaffa, M. (2010). Hafazan Al-Quran dan hubungan dengan kecemerlangan pelajar: Kajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Kelantan dari tahun 1997 hingga 2007. Masters Thesis, University of Malaya, Malaysia.

Thovids, M. (2014). Slide Design Mastery: How to design world class slide presentation. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, Indonesia.

Downloads

Published

2024-05-23

How to Cite

Mohamed, M. H., & Abbas , R. (2024). KEBERKESANAN MODUL LIQA (LATIHAN INTENSIF HAFAZAN AL-QURAN) DARI ASPEK TAHAP REKA BENTUK: SATU TINJAUAN: The Effectiveness of the LIQA Module (Intensive Training of Quran Memorization) in Terms of Design Level: A Survey. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 9(1), 68–75. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v9i1.10741

Issue

Section

Articles