This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM TALIAN (EPEMBELAJARAN) TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Authors

  • Siti Azura Abu Hassan Kolej Komuniti Hulu Langat, Jalan Prima Saujana 2/G, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6241

Abstract

Aspek pembelajaran dan pengajaran turut terkesan akibat daripada pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, COVID-19 dilihat sebagai agen transformasi dan pemangkin kepada pelaksanaan pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) secara komprehensif. Proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi tetap terus berjalan kerana pembelajaran bersemuka kini boleh digantikan dengan pembelajaran maya. Di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) pembelajaran dan pengajaran dalam talian (epembelajaran) telah diaplikasikan sebagai alternatif kepada kaedah pembelajaran secara konvensional iaitu pembelajaran bersemuka dalam bilik kuliah supaya pembelajaran dapat diteruskan. Bagi menilai keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan dan halangan yang dihadapi pelajar. Set soal selidik diedarkan kepada 229 orang pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian di KKHL. Statistik deskriptif digunakan bagi menganalisa data-data yang berkaitan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap keberkesanan penggunaan pembelajaran dalam talian berada pada tahap tinggi (min 3.8046) dan halangan yang dihadapi berada pada tahap sederhana (min 3.1405). Walaupun hasil kajian menunjukkan tahap keberkesanan adalah tinggi namun setiap halangan yang dihadapi oleh pelajar perlu diambil tindakan segera agar keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dipertingkatkan lagi.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Abu Hassan, S. A. (2021). KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM TALIAN (EPEMBELAJARAN) TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S2), 1–14. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6241

Issue

Section

Articles