KEBERKESANAN PENGGUNAAN LIBRARY QR BOOK AT KKKMS DARI SEGI PENGETAHUAN DAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR

The Effectiveness of Using Library QR Book at KKKMS in terms of Knowledge and Interest in Reading among Students of Kota Marudu Community College, Sabah

Authors

  • Zulkurnain Hassan Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah, Jaya Industrial Centre, 89108 Kota Marudu, Sabah, Malaysia.
  • Shazrin Neerwan Bin Christopher Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah, Jaya Industrial Centre, 89108 Kota Marudu, Sabah, Malaysia
  • Norazlina Binti Musa Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah, Jaya Industrial Centre, 89108 Kota Marudu, Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6233

Keywords:

QR code, Library QR book, KKKMS Facilitate learning, Increased interest

Abstract

The usage of QR codes is still limited and uncommon in library referencing of today. This is quite disadvantageous because the cost of producing QR-Codes can be said to be free and the effect is great for users, especially for those who use mobile devices in obtaining readings and references, especially in helping teaching and learning. Therefore, the Library QR Book system at KKKMS was developed at Kolej Kolej Muniti Marudu, Sabah (KKKMS) where this system contains all information related to the library at KKKMS, especially for book learning materials from academic books, story books, magazines to directions in the library . In order to evaluate the effectiveness of this system, a study was conducted to see the effect of using Library QR Book at KKKMS in terms of increasing knowledge and interest in reading among KKKMS students. By using the Technology Acceptance Model (TAM) a questionnaire was distributed to all KKKMS students (96 respondents) to assess the acceptance of Library QR Book at KKKMS among students. In addition to the questionnaire, an open question is also attached regarding their opinion on the feasibility of Library QR Book at KKKMS. Data were analyzed descriptively and inferentially using Statistical Packages for Social Sciences version 20.0 (SPSS) software and the results of the study were reported in the form of mean, standard deviation, percentage and Pearson's correlation test. The results of the study found that the effect of use showed a mean of 4.27 (high) and the mean for the question of increasing interest in reading showed a high value of 4.31. In terms of relationships, it was found that there is a strong relationship (correlation 0.886) between facilitating learning and increasing interest in reading. From the open questions, it was found that most gave positive feedback about the effectiveness of LIBRARY QR BOOK AT KKKMS to them.

 

Penggunaan Kod QR masih kurang popular dan jarang digunakan dalam dunia rujukan di perpustakaan pada masa kini. Ini agak merugikan kerana kos menghasilkan QR-Codes boleh dikatakan percuma dan kesannya besar kepada pengguna terutamanya kepada mereka yang menggunakan peranti mudah-alih (mobile devices) di dalam mendapatkan pembacaan serta rujukan terutama dalam membantu pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sistem Library QR Book at KKKMS dibangunkan di Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah (KKKMS) dimana sistem ini mengandungi semua maklumat berkaitan perpustakaan di KKKMS terutama bagi bahan pembelajaran buku daripada buku akademik, buku cerita, majalah hinggalah ke araharahan di perpustakaan. Bagi menilai keberkesanan sistem ini satu kajian telah dilakukan bagi melihat kesan penggunaan Library QR Book at KKKMS dari segi menambahkan penetahuan dan minat membaca dalam kalangan pelajar KKKMS. Dengan menggunakan model Technology Acceptance Model (TAM) satu soal selidik telah diedarkan kepada semua pelajar KKKMS (96 responden) bagi menilai penerimaan Library QR Book at KKKMS dalam kalangan pelajar. Disamping soal selidik juga di lampirkan satu soalan terbuka mengenai pendapat mereka tentang kebolehlaksanaan Library QR Book at KKKMS. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences versi 20.0 (SPSS) dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan dan ujian korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati kesan penggunaan menunjukkan min 4.27 (tinggi) dan min bagi soalan menambahkan minat membaca menunjukkan nilai yang tinggi iaitu 4.31. Dari segi hubungan didapati terdapat hubungan yang kuat (korelasi 0.886) antara memudahkan pembelajaran dan menambahkan minat membaca. Dari soalan terbuka didapati kebanyakkan memberikan maklumbalas yang positif mengenai keberkesanan LIBRARY QR BOOK AT KKKMS kepada mereka.

Downloads

Published

2021-03-08 — Updated on 2021-03-08

Versions

How to Cite

Hassan, Z., Shazrin Neerwan Bin Christopher, & Norazlina Binti Musa. (2021). KEBERKESANAN PENGGUNAAN LIBRARY QR BOOK AT KKKMS DARI SEGI PENGETAHUAN DAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR: The Effectiveness of Using Library QR Book at KKKMS in terms of Knowledge and Interest in Reading among Students of Kota Marudu Community College, Sabah. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S1), 51–59. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6233

Issue

Section

Articles