This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

KEBERKESANAN PENGGUNAAN LIBRARY QR BOOK AT KKKMS DARI SEGI PENGETAHUAN DAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR

Authors

  • Zulkurnain Hassan Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah, Jaya Industrial Centre, 89108 Kota Marudu, Sabah, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6233

Abstract

Penggunaan Kod QR masih kurang popular dan jarang digunakan dalam dunia rujukan di perpustakaan pada masa kini. Ini agak merugikan kerana kos menghasilkan QR-Codes boleh dikatakan percuma dan kesannya besar kepada pengguna terutamanya kepada mereka yang menggunakan peranti mudah-alih (mobile devices) di dalam mendapatkan pembacaan serta rujukan terutama dalam membantu pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sistem Library QR Book at KKKMS dibangunkan di Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah (KKKMS) dimana sistem ini mengandungi semua maklumat berkaitan perpustakaan di KKKMS terutama bagi bahan pembelajaran buku daripada buku akademik, buku cerita, majalah hinggalah ke araharahan di perpustakaan. Bagi menilai keberkesanan sistem ini satu kajian telah dilakukan bagi melihat kesan penggunaan Library QR Book at KKKMS dari segi menambahkan penetahuan dan minat membaca dalam kalangan pelajar KKKMS. Dengan menggunakan model Technology Acceptance Model (TAM) satu soal selidik telah diedarkan kepada semua pelajar KKKMS (96 responden) bagi menilai penerimaan Library QR Book at KKKMS dalam kalangan pelajar. Disamping soal selidik juga di lampirkan satu soalan terbuka mengenai pendapat mereka tentang kebolehlaksanaan Library QR Book at KKKMS. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences versi 20.0 (SPSS) dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan dan ujian korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati kesan penggunaan menunjukkan min 4.27 (tinggi) dan min bagi soalan menambahkan minat membaca menunjukkan nilai yang tinggi iaitu 4.31. Dari segi hubungan didapati terdapat hubungan yang kuat (korelasi 0.886) antara memudahkan pembelajaran dan menambahkan minat membaca. Dari soalan terbuka didapati kebanyakkan memberikan maklumbalas yang positif mengenai keberkesanan LIBRARY QR BOOK AT KKKMS kepada mereka.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Hassan, Z. (2021). KEBERKESANAN PENGGUNAAN LIBRARY QR BOOK AT KKKMS DARI SEGI PENGETAHUAN DAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S1), 80–92. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6233

Issue

Section

Articles