This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

TAHAP KESEDIAAN PELAJAR DIPLOMA DALAM MENGIMPLIMENTASIKAN KAEDAH E-PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK MALAYSIA

Authors

  • Muzafar Mat Yusof Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, 25350 Kuantan, Pahang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6230

Abstract

Pelaksanaan e-pembelajaran telah dimplimentasikan di institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk Politeknik Malaysia. Kesediaan pelajar terhadap e-pembelajaran merupakan indikator kepada kejayaan atau kegagalan kaedah ini. Faktor kesediaan ini pula mempunyai pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kesediaan pelajar diploma politeknik dari aspek sikap kepenggunaan, literasi komputer, fasiliti dan akses teknologi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 398 responden yang dipilih secara teknik gabungan antara rawak berlapis dan berkelompok. Instrumen soal selidik dibangunkan dan diubahsuai bagi tujuan mendapatkan data kajian. Dapatan kajian mengenai tahap kesediaan e-pembelajaran dari faktor sikap kepenggunaan komputer adalah tinggi dengan nilai min 4.09. Bagi faktor literasi komputer pula adalah pada tahap sederhana dengan nilai min 3.57. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kesediaan e-pembelajaran dari faktor fasiliti komputer adalah sederhana dengan nilai min 3.56. Manakala tahap kesediaan melalui faktor akses teknologi pula adalah tinggi dengan nilai min 3.70. Keseluruhannya, tahap e-pembelajaran berdasarkan semua faktor ada adalah pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.75. Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan penerangan yang jelas tentang tahap kesediaan pelajar politeknik terhadap kaedah epembelajaran agar tindakan yang sewajarnya dapat dilaksanakan sesuai dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan pembelajaran dalam talian tahap global

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Mat Yusof, M. (2021). TAHAP KESEDIAAN PELAJAR DIPLOMA DALAM MENGIMPLIMENTASIKAN KAEDAH E-PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK MALAYSIA. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S1), 53–63. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6230

Issue

Section

Articles