KAJIAN PROFIL PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR DENGAN PRESTASI HATI – HRV

  • Muhammad Nubli Abdul Wahab Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

Abstract

Pembelajaran Matematik adalah asas kepada penguasan pembelajaran. Terdapat pelbagai punca kelemahan pelajar sekolah rendah dalam penguasaan Matematik. Salah satu ciri keupayaan pelajar dalam penguasaan pembelajaran adalah keupayaan mereka mengawal koheren“Heart Rate Variability – HRV” hati. Pengawalan koheren HRV membolehkan individu mengawal minda dan emosi seterusnya merangsang keupayaan diri untuk belajar dengan lebih berkesan. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauhmana pelajar kelainan penguasaan Matematik berupaya mengawal koheren hati. Adakah terdapat perbezaan skor koheren antara pelajar yang baik dan pelajar yang lemah dalam penguasaan Matematik. Kajian ini dijalankan melibatkan 50 orang sampel dalam dua kumpulan pelajar berbeza pencapaian, baik dan lemah. Pelajar diberikan beberapa latihan Matematik untuk meneliti adakah terdapat perbezaan skor koheren hati semasa mereka menjawab soalan Matematik. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang jelas antara kedua-dua kumpulan pelajar ini. Pelajar baik didapati berupaya mengawal koheren HRV dengan lebih baik berbanding pelajar yang lemah pencapaian Matematik. Dapatan menunjukkan skor yang berbeza antara kedua-dua kumpulan ini setelah melalui protokol pengujian yang berbeza. Dapatan merumuskan bahawa pelajar yang baik lebih berupaya mengawal skor koheren HRV berbanding pelajar yang lemah. Ini menunjukkan keupayaan pengawalan koheren adalah penting sebagai petunjuk pencapaian prestasi pelajar dalam pembelajaran Matematik. Kajian ini penting dalam proses pembelajaran kerana ia boleh membantu guru memperkenalkan latihan peningkatan koheren untuk membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran Matematik dengan lebih baik. Teknik pengawalan koheren boleh dijadikan salah satu teknik untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar sekolah rendah.

Published
2021-03-08