ANALISIS FAKTOR DEMOGRAFI TERHADAP KESEDIAAN E-PEMBELAJARAN PELAJAR DIPLOMA DI POLITEKNIK MALAYSIA

  • Hasmadi Hassan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang
  • Muzafar Mat Yusof Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, 25350 Kuantan, Pahang, Malaysia

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sejauhmana pengaruh faktor demografi dalam meramal faktor kesediaan pelajar dalam mengimplimentasikan kaedah e-pembelajaran. Pendekatan kuantitatif digunakan dan seramai 398 responden telah terlibat dengan menggunakan kaedah persampelan melalui teknik gabungan antara rawak berlapis dan berkelompok. Instrumen soal selidik dibangunkan dan diubahsuai bagi tujuan mendapatkan data kajian. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor demografi tertentu yang signifikan dalam meramal faktor sikap kepenggunaan komputer, literasi komputer, fasiliti komputer dan akses teknologi. Faktor demografi yang berdasarkan diri pelajar politeknik yang signifikan dalam meramal faktor sikap kepenggunaan komputer ialah kaum (melayu dan india), aliran pendidikan menengah (teknik), taraf akademik (STPM/Matrik), bidang pengajian (teknologi maklumat dan perdagangan) dan tahun pengajian (tahun pertama). Manakala faktor demografi yang berdasarkan diri pelajar politeknik yang signifikan dalam meramal faktor literasi komputer ialah kaum (india), aliran pendidikan menengah (vokasional), taraf akademik (SPM/SPMV), bidang pengajian (teknologi maklumat, pelancongan dan hospitaliti serta kejuruteraan) dan tahun pengajian (tahun pertama, kedua dan ketiga). Faktor demografi yang berdasarkan politeknik, iaitu jumlah enrolmen pelajar (jumlah pelajar kurang dari 1000 orang dan jumlah pelajar antara 3000 hingga 4000) adalah signifikan dalam meramal faktor fasiliti komputer dan akses teknologi. Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan penerangan yang jelas tentang pengaruh demografi yang perlu dipertimbangkan agar perlaksanaan pendekatan e-pembelajaran dapat mencapai tujuan yang sebenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan dasar kerajaan yang mengharapkan pendekatan ini dapat diperkasakan sehingga ke tahap global.

Published
2021-03-08