This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

ANALISIS PENERIMAAN PENGGUNAAN APLIKASI TELEGRAM BAGI MODUL LATIHAN PENYEDIAAN ASAS (SPU 1033) DI KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU, SABAH

Authors

  • Zulkurnain Hassan Kolej komuniti Kota Marudu,,Sabah, Jaya Industrial Centre, 89108 Kota Marudu, Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6227

Abstract

TELESPU 1 adalah satu group Telegram yang mengandungi semua maklumat pembelajaran bagi modul Latihan Penyediaan Asas (SPU 1033) daripada silibus hinggalah kepada penilaian, dari rujukan hinggalah pautan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu terhadap TELESPU 1 berdasarkan Model Penerimaan Teknologi TAM dalam mempelajari Modul SPU 1033. Ia juga bagi melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pembolehubah-pembolehubah dalam Model Penerimaan Teknologi TAM dalam mempelajari Modul SPU 1033. Responden adalah terdiri daripada semua pelajar semester 1 yang mengambil modul SPU 1033 (Latihan Penyediaan Asas). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data analisis diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 20.0 (SPSS) dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan dan Ujian korelasi. Berdasarkan dapatan kajian nilai purata min bagi semua pemboleh ubah berada antara 3.57 (sederhana) hingga 3.82 (tinggi). Ini menunjukkan bahawa kesan penggunaan TELESPU 1 berdasarkan TAM berada pada tahap tinggi dan memuaskan. Dapatan juga menunjukkan pelajar menggunakan TELESPU 1 kerana ia didapati berguna dan mudah digunakan, baik dan dipengaruhi secara positif oleh faktor sikap pelajar terhadap penggunaan TELESPU 1. Keseluruhan kajian mendapati pembelajaran menggunakan aplikasi Telegram untuk modul SPU 1033 adalah berkesan dan dapat meningkatkan pengetahuan dan minat dalam kalangan responden. Dicadangkan penggunaan aplikasi Telegram diperluaskan untuk tujuan pembelajaran bagi modul yang lain.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Hassan, Z. (2021). ANALISIS PENERIMAAN PENGGUNAAN APLIKASI TELEGRAM BAGI MODUL LATIHAN PENYEDIAAN ASAS (SPU 1033) DI KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU, SABAH. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S1), 23–36. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6227

Issue

Section

Articles