This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

KEBOLEHLAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI APLIKASI MICROSOFT TEAMS DI KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU, SABAH

Authors

  • Khairul Izwan Abdul Wahab Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah, Jaya Industrial Centre, 89108 Kota Marudu, Sabah, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6223

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah (KKKMS) tentang pengalaman pembelajaran dan halangan-halangan yang dihadapi dalam penggunaan aplikasi Microsoft Teams dalam pengajaran dan pembelajaran. Seramai 70 orang pelajar KKKMS dari semua program diambil sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data analisis diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 22.0 (SPSS) dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan dan Ujian T-Test”. Hasil dapatan menunjukkan tahap persepsi pengalaman pembelajaran aplikasi Microsoft Teams Official adalah tinggi (min 3.66). Halangan diuji dalam enam aspek dimana terdapat empat halangan utama yang dihadapi iaitu tertinggi halangan teknologi (min 3.52), kedua tertinggi halangan situasi (min 3.40), ketiga halangan gaya pembelajaran (min 3.26) dan halangan keempat tertinggi adalah halangan arahan (min 3.11). Dapatan juga mendapati tidak terdapatnya hubungan yang signifikan antara pengalaman pembelajaran dengan halanganhalangan yang dihadapi pelajar.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Abdul Wahab, K. I. (2021). KEBOLEHLAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI APLIKASI MICROSOFT TEAMS DI KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU, SABAH. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S1), 1–14. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6223

Issue

Section

Articles