Unsur Kebudayaan Dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan

Cultural Elements in Folk Narratives at Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan

Authors

  • Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan Universiti Malaysia Kelantan
  • Mohd Firdaus Che Yaacob Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v12i1.5183

Keywords:

Masyarakat Melayu, Narratif lisan, Sastera rakyat, Unsur kebudayaan

Abstract

Pada masa lampau, naratif lisan merupakan suatu kebudayaan berbentuk sastera rakyat yang sangat dikagumi oleh masyarakat Melayu. Naratif lisan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain melalui penceritaan mulut oleh nenek moyang untuk menyampaikan pesanan berbentuk pengajaran kepada cucu atau kanak-kanak. Hal ini kerana naratif lisan dianggap sebagai suatu kebudayaan yang tinggi dalam adat resam dan akrab dengan kehidupan masyarakat Melayu. Kini, penyelidikan yang berfokuskan kepada naratif lisan sewajarnya dijalankan dengan giat kerana rata-rata masyarakat tidak menyedari akan kewujudan naratif lisan. Ia dianggap sebagai bahan tidak berfaedah, rekaan semata-mata, membosankan serta memperlihatkan kemunduran dalam plot cerita. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur kebudayaan yang terkandung dalam naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Selanjutnya, unsur kebudayaan ini dianalisis dan diaplikasikan dengan pendekatan yang terkandung dalam Teori Pengkaedahan Melayu. Seterusnya, kajian ini bersifat kualitatif, iaitu berpaksikan kepada kaedah kepustakaan dan kajian teks. Hasil kajian mendapati naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan memiliki unsur kebudayaan yang mempamerkan identiti masyarakat Melayu lebih dinamik. Hal ini memberi impak kepada pembangunan sahsiah kendiri golongan kanak-kanak dan remaja untuk lebih menghargai khazanah warisan negara.

In the past, folk narratives, which are a form of literary culture of the local people, were admired by the community. Folk narratives are passed down from generation to generation through oral narration to convey messages in the forms of instructions to the younger generations. This is because folk narratives are considered a cultural aspect which is highly regarded in the customs and life of the people and community. Nowadays, research focusing on folk narratives should be done vigorously due to the general public’s lack of awareness of its existence and importance. Therefore, this study was conducted to identify and analyse the cultural elements in the oral narratives at Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan using the Teori Pengkaedahan Melayu. The study employed a qualitative approach utilising library search and document analysis. The findings revealed that the oral narratives in Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan consist of cultural elements that reflect the dynamic identity of the community. This has great impact on the individual and personal development of the children and youth in the community, and they were able to appreciate the country’s heritage and traditions.

Published

2022-04-10

How to Cite

Tuan Adnan, T. S. N. S., & Che Yaacob, M. F. . (2022). Unsur Kebudayaan Dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Cultural Elements in Folk Narratives at Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 12(1), 27–37. https://doi.org/10.15282/ijleal.v12i1.5183

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.