Satu Analisis Pemikiran Mantera Pakaian Diri Orang Asli di Kampung Sungai Rual, Jeli, Kelantan

Analysis of Thought on Personal Clothing Mantras of Indigenous People at Kampung Sungai Rual, Jeli, Kelantan

Authors

  • Siti Aishah Jusoh Universiti Malaysia Kelantan
  • Mohd Firdaus Che Yaacob Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v11.4398

Keywords:

Mantera, Mantera pakaian diri, Orang Asli, Teori Sastera Budaya

Abstract

Mantera sinonim kepada sesuatu pemujaan yang berkaitan dengan benda ghaib. Lazimnya, mantera sangat dipercayai oleh masyarakat Melayu dahulu dan juga Orang Asli. Mantera merupakan ungkapan atau kata-kata yang diucapkan oleh pawang atau bomoh bagi tujuan tertentu. Mantera juga turut mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri terutamanya dalam kehidupan seharian seperti membuka penempatan baharu, bercucuk tanam, membina rumah dan menjaga kesihatan. Ada juga yang percaya bahawa mantera boleh digunakan untuk menganiayai dan mengkhianati orang lain. Matlamat utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis mantera pakaian diri Orang Asli di Kampung Sungai Rual, Jeli, Kelantan menggunakan Teori Sastera Budaya. 8 buah mantera berkaitan pakaian diri yang diperoleh hasil daripada temubual dengan Tok Batin Orang Asli, Kampung Sungai Rual, Jeli, Kelantan telah dikenal pasti dan dianalisis secara kualitatif yang merangkumi kaedah kepustakaan dan lapangan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli Sungai Rual khususnya orang-orang tua masih mengamalkan mantera pakaian diri demi keharmonian dan kesejahteraan seharian.

Mantras are synonymous with orations in worshipping supernatural entities. The use of mantras is habitually known and trusted by some traditional Malay and indigenous people (orang asli). It is an expression or spoken words by a magician or shaman for a specific purpose. It also has its own aesthetic value, especially in daily life such as in the opening of new settlements, during cultivation, building houses and maintaining health and well-being. There are those who believe that mantras can be used to deceive and persecute others. Therefore, this study aims to analyze the types of Orang Asli clothing mantras in Kampung Sungai Rual, Jeli, Kelantan deductively, using the cultural studies theory. Eight spells related to personal clothings were obtained as a result of the interviews with two shamans of the indigenous (Tok Batin) in Kampung Sungai Rual, Jeli, Kelantan. The findings were qualitatively analysed which include library search and field works. The results found that the Sungai Rual Orang Asli community, especially the elderly, are still practicing the mantras of personal clothing for their daily comfort and harmony.

Published

2021-07-15

Issue

Section

Research Articles