Nilai-nilai Islam dan Pembentukan Akhlak dalam Cerita Rakyat Melayu

Islamic Values and Moral Development in Malay Folktales

Authors

  • Muhammad Nur Al-Hakim Mohamad Hanafiah Universiti Malaysia Kelantan
  • Mohd Firdaus Che Yaacob Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v10.4369

Keywords:

Akhlak, Cerita rakyat Melayu, Masyarakat Melayu, Teori Takmilah

Abstract

Masyarakat Melayu tradisional dengan cerita rakyat merupakan sebuah jalinan akrab yang tidak dapat dipisahkan. Hal ini demikian kerana, kisah-kisah yang berkisar dalam cerita rakyat merupakan gambaran terhadap corak hidup masyarakat Melayu terdahulu. Selain itu, kandungan cerita rakyat Melayu juga tidak terkecuali daripada nilai Islam kerana orang Melayu zaman lampau kebanyakannya beragama Islam. Seterusnya, kajian ini dijalankan kerana bertitik tolak daripada kelompongan sejumlah kajian lepas, yang mana aspek nilai Islam yang masih belum diteroka secara menyeluruh kepada pembentukan akhlak masyarakat Melayu. Oleh itu, kajian ini akan berpandukan beberapa objektif iaitu mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai Islam dalam cerita rakyat Melayu terhadap pembentukan akhlak masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan teori Takmilah sebagai deduktif kajian untuk memantapkan hujah analisis. Pendekatan kualitatif digunakan dengan melibatkan kaedah kepustakaan dan teks. Kajian ini akan memberi pencerahan mengenai nilai-nilai Islam seperti merendah diri, tawakal, bersyukur, taat dan persahabatan dalam cerita rakyat Melayu berdasarkan teks Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia. Antara cerita-cerita rakyat yang dibataskan ialah Mengapa Bangau Kurus, Kelekatu Sombong, Kalimah Bismillah, Ditelan Yu, Angsa Berbulu Emas, Bertukar Menjadi Batu, Mengapa Pinggang Kerengga Ramping, Bukit dan Pokok dan Setiakawan. Hasil kajian ini membuktikan masyarakat zaman dahulu menerapkan nilai-nilai Islam dalam cerita rakyat bagi membina sebuah masyarakat yang berakhlak mulia.

Published

2020-11-30

How to Cite

Mohamad Hanafiah, M. N. A.-H., & Che Yaacob, M. F. (2020). Nilai-nilai Islam dan Pembentukan Akhlak dalam Cerita Rakyat Melayu: Islamic Values and Moral Development in Malay Folktales. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 10(2), 48–56. https://doi.org/10.15282/ijleal.v10.4369

Issue

Section

Research Articles