Jati Diri Melayu dalam Kumpulan Puisi Terpilih A. Aziz Deraman: Analisis Teori Pengkaedahan Melayu

Authors

  • Syaidul Azam Kamarudin
  • Arbai’e Sujud

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v7.513

Keywords:

A. Aziz Deraman, Jati diri Melayu, Teori Pengkaedahan Melayu

Abstract

Kajian ini menganalisis jati diri Melayu dalam kumpulan puisi A. Aziz Deraman iaitu Suara Gunung Kehidupan dan Gelora Nurani. Jati diri Melayu merupakan elemen yang terpenting kerana di dalamnya terkandung khazanah bangsa yang harus dipertahankan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dalam konteks pembangunan dan pemantapan jati diri Melayu, kajian ini adalah penting kerana melalui pemahaman jati diri yang mantap akan terpancar ketatasusilaan, kebijaksanaan dan pekerti bangsa Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Hal ini wajar diberi perhatian terutama dalam menghadapi polemik semasa serta cabaran globalisasi yang dikatakan mampu mengubah jati diri sesuatu bangsa. Kajian ini dijalankan secara analisis kandungan dan analisis kajian mengunakan prinsip yang dikemukakan oleh Hashim Awang dalam Teori Pengkaedahan Melayu. Manakala, aspek jati diri Melayu dalam puisi tersebut akan dianalisis melalui tiga aspek utama iaitu jati diri dalam aspek bahasa Melayu, jati diri dalam aspek agama dan jati diri dalam aspek budaya. Kajian mendapati bahawa ketulenan jati diri kemelayuan yang ditunjukkan oleh A. Aziz Deraman melalui puisinya berperanan sebagai iktibar, peringatan, dan nasihat yang dapat membawa manfaat dan menemukan kemuafakatan kepada masyarakat. Ini kerana ianya berlandaskan kepada ajaran dan etika Islam yang menjadi jalinan prinsip penting dalam Teori Pengkaedahan Melayu. Perkara ini sekaligus mencirikan kepenyairannya yang mempunyai jati diri kemelayuan yang mantap.

Author Biographies

Syaidul Azam Kamarudin

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Arbai’e Sujud

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Downloads

Published

2017-12-04

How to Cite

Kamarudin, S. A., & Sujud, A. (2017). Jati Diri Melayu dalam Kumpulan Puisi Terpilih A. Aziz Deraman: Analisis Teori Pengkaedahan Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 7. https://doi.org/10.15282/ijleal.v7.513

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.