Komponen Makna Leksikal “Tik” dalam Bahasa Melayu Dialek Utara
The Lexical Meaning Components of “Tik” in Northern Malay Dialect
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijleal.v14i2.11122Keywords:
Dialek Utara, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kekaburan makna, Makna leksikal, Teori analisis komponen maknaAbstract
Kajian terhadap komponen makna leksikal dalam dialek Melayu telah menemui masalah kekaburan dalam kalangan pengguna dialek tersebut. Masalah ini menyebabkan pengguna mengalami kekeliruan dalam memahami makna leksikal yang dituturkan oleh penutur Dialek Utara (DU) serta tidak dapat mentafsir makna dengan tepat. Komplikasi ini berlaku disebabkan oleh berlakunya makna lingkaran dan makna bertindih. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif, iaitu (i) mengenal pasti entri DU yang mempunyai masalah pentakrifan berbentuk sinonim dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) (2005), (ii) menghuraikan penelitian makna entri DU berbentuk sinonim berdasarkan pentakrifan dalam KD4 dengan mengaplikasikan Teori Analisis Komponen Makna yang diasaskan oleh Nida (1975), dan (iii) merumuskan pentakrifan makna baharu entri DU dalam KD4. Metodologi kajian melibatkan kajian kepustakaan dan lapangan terhadap 30 responden dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan yang terletak di Bandar Baru Selayang, Selangor. Kaedah temu bual dan rakaman audio digunakan untuk proses mengumpul data kajian. Hasil kajian menemui makna baharu yang diperoleh daripada temu bual dengan penutur asli DU. Justeru, kajian ini telah membuka ruang kepada pengkaji akan datang bahawa kajian makna leksikal khususnya dalam dialek masih mempunyai banyak lagi unsur yang perlu dikaji.
Research on lexical meaning components in the Malay dialect has identified an ambiguity problem for its users. The problem has caused users to experience confusion in understanding the lexical meaning spoken by Northern Dialect (DU) speakers and unable to interpret the meaning accurately. The complication is due to the occurrence of spiral meaning and overlapping meaning. Hence, this study has three objectives: (i) to identify DU entries that have definition problems in the form of synonyms in the Kamus Dewan Fourth Edition (KD4) (2005), (ii) to describe the research of the meaning of DU entries in the form of synonyms based on the definition in KD4 by applying Componential Analysis of Meaning by Nida (1975), and (iii) to formulate a new definition of the meaning of DU entries in KD4. The research methodology involves library and field studies on 30 selected respondents from the Federal Agricultural Marketing Authority in Bandar Baru Selayang, Selangor. Interviews and audio recording methods were used to collect research data. The results revealed new and meaningful findings from the interviews with DU native speakers. This study is expected to unlock the opportunities and potential of future studies on more elements of lexical meaning components, particularly in dialects.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 The Author(s)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.