Konsep Makna Kata dalam Kalangan Kanak-kanak Berdasarkan Lakaran Visual 2D dan 3D Terpilih

Authors

  • Zalikha Mat Saad
  • Normahdiah Syeik Said

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v2.464

Keywords:

Kognitif, Semantik, Visual dua dimensi, Visual tiga dimensi

Abstract

Kajian ini merupakan kajian awal untuk melihat pemerolehan bahasa kanak-kanak dari segi semantik. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menghuraikan makna kata dan menganalisis pembinaan konsep makna kata yang diujarkan oleh kanak-kanak berdasarkan pemahaman mereka apabila melihat visual dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D). Subjek kajian ialah dua orang kanak-kanak berumur lima tahun. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif untuk menganalisis data yang diperoleh melalui kaedah kepustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan teknik pemerhatian, teknik rakaman dan teknik temubual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan hipotesis fitur semantik dan kajian ini juga diperkukuhkan dengan bantuan pendekatan Teori Kognitif iaitu teori yang menerangkan bahawa pembelajaran sebagai perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Hasil kajian menunjukkan gambar bervisual (2D) dan (3D) mampu membantu kanak-kanak memberikan makna terhadap sesuatu kata. Kajian ini mendapati subjek kajian lebih mudah membina kata konkrit iaitu kata-kata yang boleh dirujuk dan yang berisi makna. Kajian yang dilakukan ini diharapkan dapat memberi maklumat tentang kepentingan salah satu unsur multimedia iaitu lakaran 2D dan 3D terhadap penguasaan bahasa kanak-kanak.

Author Biographies

Zalikha Mat Saad

Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Normahdiah Syeik Said

Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Downloads

Published

2015-08-03

How to Cite

Mat Saad, Z., & Syeik Said, N. (2015). Konsep Makna Kata dalam Kalangan Kanak-kanak Berdasarkan Lakaran Visual 2D dan 3D Terpilih. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 2. https://doi.org/10.15282/ijleal.v2.464

Issue

Section

Research Articles