Ujaran Implisit dalam Filem Melayu Klasik Sri Mersing

Authors

  • Fatin Rabiha Abdul Kadir
  • Zaitul Azma Zainon Hamzah

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v6.504

Keywords:

Filem klasik, Teori Relevans, Ujaran implisit

Abstract

Filem Melayu klasik merupakan khazanah filem negara yang menyimpan pelbagai elemen budaya dan penggunaan bahasa yang indah. Filem ini padat dengan penggunaan ujaran implisit dalam setiap kata, frasa dan ayat yang digunakan. Kajian ini mempunyai dua fokus utama iaitu mengenal pasti ujaran implisit yang terdapat dalam filem Melayu klasik ‘Sri Mersing’ dan menganalisis makna ujaran yang implisit menggunakan teori Relevans. Teori ini mengandungi tiga komponen penting iaitu konteks, kesan konteks dan kos proses. Kajian analisis teks dijalankan dengan menyata dan menghuraikan pengujaran implisit yang telah dikenal pasti serta mendedahkan peranan konteks, kesan konteks dan kos proses dalam merungkai makna ujaran yang implisit dalam filem tersebut. Hasil kajian mendapati lima petikan ujaran dalam filem ‘Sri Mersing’ yang mempunyai makna implisit. Elemen implisit tersebut mendedahkan keperluan memahami ujaran yang disampaikan dengan menggunakan konteks dan kesan konteks. Dapatan kajian memperlihatkan pemahaman masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang kaya dengan ujaran dan makna implisit. Di samping itu, kajian ini juga telah menonjolkan keindahan dan keunikan bahasa yang terdapat dalam filem Melayu tradisional terutamanya sekitar 60-an

Author Biographies

  • Fatin Rabiha Abdul Kadir

    Jabatan Bahasa Melayu,
    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
    Universiti Putra Malaysia,
    43400 UPM, Serdang,
    Selangor Darul Ehsan, Malaysia

  • Zaitul Azma Zainon Hamzah

    Jabatan Bahasa Melayu,
    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
    Universiti Putra Malaysia,
    43400 UPM, Serdang,
    Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Downloads

Published

2017-06-05

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ujaran Implisit dalam Filem Melayu Klasik Sri Mersing. (2017). International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 6. https://doi.org/10.15282/ijleal.v6.504

Similar Articles

1-10 of 28

You may also start an advanced similarity search for this article.