Adat dalam Teromba Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan: Satu Penelitian Teori Pengkaedahan Melayu

Custom in Folk Poetry of the Malay Community in Negeri Sembilan: An Observation of Teori Pengkaedahan Melayu

Authors

  • Nur Samsiah Mazlan Universiti Malaysia Kelantan
  • Mohd Firdaus Che Yaacob Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v11i1.4384

Keywords:

Adat, Adat Pepatih, Kesusasteran Melayu, Masyarakat Melayu, Teromba

Abstract

Teromba sangat erat dengan kehidupan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Teromba bertunjangkan sisipan puisi tertentu seperti pantun, peribahasa dan sebagainya yang memaparkan sesuatu perkara berhubung dengan undang-undang, adat istiadat dan nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Kajian ini dijalankan kerana para pengkaji terdahulu lebih menumpukan kajian mengenai adat perpatih Negeri Sembilan berbanding dengan kajian mengenai pengaplikasian teori pengkaedahan Melayu terhadap adat dalam teromba.  Kajian ini memfokuskan adat dalam teromba sebagai alat yang menjadi amalan dan budaya hidup masyarakat Negeri Sembilan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis adat dalam teromba masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Seterusnya, batasan kajian ini merujuk teks bertajuk Teromba sebagai alat komunikasi dalam kepimpinan adat pepatih, karya oleh Mohd Rosli Saludin. Di samping itu, teori pengkaedahan Melayu dijadikan sebagai deduktif kajian. Selain itu juga, reka bentuk kualitatif yang merujuk kepada kaedah kepustakaan dan teks sebagai metodologi kajian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa adat yang terkandung dalam teromba dapat melahirkan sebuah masyarakat yang memahami dan mengamalkan adat serta berkesan terhadap pembentukan kebudayaan masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Implikasi kajian juga memperlihatkan penggunaan teromba seperti teromba adat, teromba kekeluargaan dan teromba tolong-menolong berfungsi dalam pembentukan jati diri individu dan masyarakat selaras dengan pegangan agama Islam dan kebudayaan masyarakat Melayu.

Folk poetry, or locally known as teromba in the Malay community, is part of the community life in Negeri Sembilan. Teromba has its roots in other forms of poetry such as pantun and proverb, which depicts stories related to the laws, traditions, customs and values as ​​practiced by the Malay community. Previous studies have put more emphasis on investigating Negeri Sembilan’s adat pepatih as compared to the application of the Teori Pengkaedahan Melayu of customs as depicted in the folk poetry. This study focuses on customs in the folk poetry as a tool, which becomes part of the practice and culture of the community in Negeri Sembilan. This study therefore aims to identify and analyse customs in the folk poetry of the Malay community in Negeri Sembilan. Specifically, this study refers to a teromba by Mohd Rosli Saludin entitled Teromba (sebagai alat komunikasi dalam kepimpinan adat pepatih), and Teori Pengkaedahan Melayu was used to deduce the folk poetry. Hence, a qualitative research design was employed utilising literature and document analysis. The findings of the study revealed that the customs as depicted in teromba are able to create a community which can understand and effectively practice the customs and traditions. This in turns can create a society based on the culture of Minangkabau in Negeri Sembilan. The implications of the study illustrate that the use of different traits in teromba such as traditions, family values and attitudes could act as a mean to create individuals and society based on Islamic values and the traditions and culture of the Malay community.

Published

2021-07-15

How to Cite

Mazlan, N. S., & Che Yaacob, M. F. . (2021). Adat dalam Teromba Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan: Satu Penelitian Teori Pengkaedahan Melayu: Custom in Folk Poetry of the Malay Community in Negeri Sembilan: An Observation of Teori Pengkaedahan Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 11(1), 48–58. https://doi.org/10.15282/ijleal.v11i1.4384

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.