Cerminan Moral Positif dalam Cerita-cerita Rakyat Melayu
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijleal.v6.507Keywords:
Cerita rakyat Melayu, Nilai murni, Teori Pengkaedahan MelayuAbstract
Cerita rakyat Melayu ialah sebuah cerita yang berasal dari masyarakat dan berkembang dalam masyarakat pada masa lampau. Selain itu, cerita rakyat Melayu menjadi ciri unik setiap bangsa juga mempunyai suatu kebudayaan beraneka ragam, merangkumi kekayaan budaya juga dan sejarah. Pada umumnya, cerita-cerita rakyat Melayu yang diperoleh mengisahkan tentang sesuatu kebudayaan masyarakat bangsa itu tersendiri. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis cerminan moral positif masyarakat Melayu yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat Melayu dengan menggunakan pendekatan teori pengkaedahan Melayu. Seterusnya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan dan teks. Kajian ini akan membawa pembaca untuk memahami akan nilai murni seperti nilai kejujuran yang termaktub di bawah lembayung kata amanah, bercakap benar dan ikhlas yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat Melayu dalam teks Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malaysia diselenggarakan oleh Aripin Said dan Othman Puteh pada tahun 2015. Seterusnya, beberapa cerita rakyat telah dipilih iaitu Awang Yang Lurus, Padi Berbuah Emas, Raja Kuyuk, Seuncang Padidan Penjual Api Yang Lurus. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa elemen nilai murni kejujuran ternyata jelas terkandung dalam cerita-cerita rakyat Melayu terpilih dan penemuan nilai murni seperti ini telah membuktikan bahawa sememangnya masyarakat Melayu pada masa lampau mengamalkan nilai murni dalam kehidupan untuk memastikan sebuah kehidupan yang sejahtera.