Keanekaragaman Retorik Gaya Trope dalam Penulisan Novel Salina
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijleal.v6.502Keywords:
Gaya retorik, Novel, Penulisan Kreatif, TropeAbstract
Retorik merupakan satu seni bahasa estetik dan menarik yang digunakan untuk menekankan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa baik dalam berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan. Bidang penulisan kreatif dipilih sebagai fokus kajian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan retorik dalam penulisan kreatif yang mempunyai fungsi komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara pengarang dengan pembaca. Kajian ini dijalankan berpandukan kerangka gaya retorik yang dibina oleh Corbett dan Connors berdasarkan teori retorik klasik oleh Aristotle dan beberapa pandangan sarjana retorik lain digunakan untuk menyokong hujah dalam penghuraian data kajian. Selain itu, penganalisisan data kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Kajian ini berfokus kepada satu objektif utama, iaitu mengenal pasti dan menghuraikan penggunaan retorik gaya trope yang terdapat dalam novel A. Samad Said, iaitu Salina. Elemen yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah retorik gaya trope yang digunakan oleh A. Samad Said dalam novelnya, iaitu gaya metafora, simile, hiperbola, personifikasi, oksimoron dan soalan retorik. Jelasnya, pemahaman pengucap dan penulis tentang konsep dan kepentingan retorik serta kecekapannya menggunakan retorik akan membantunya menghasilkan ucapan dan penulisan yang baik, sempurna dan berkesan.