Pengukuran dan Penilaian Tahap Emosi Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum: Permasalahan dan Cadangan

Authors

  • Mohd Azam Muhamad Akhir
  • Muhammad Nubli Abdul Wahab
  • Zarina Mohd Ali

Keywords:

kokurikulum, emosi, pengukuran dan penilaian

Abstract

Aktiviti kokurikulum dilihat sebagai salah satu medium pembentukan kemahiran insaniah di institusi pengajian tinggi. Ia berpotensi membentuk jati diri pelajar, pembentukan emosi, jasmani dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat kajian yang membuktikan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberi kesan positif terhadap emosi pelajar. Walaubagaimanapun terdapat kekangan dalam mengukur aspek emosi dalam kalangan pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmanakah pengukuran dan penilaian dalam aspek emosi dilaksanakan di dalam aktiviti kokurikulum di IPT di Malaysia. Dapatan daripada tinjauan literatur dan temubual mendapati bahawa penilaian terhadap aspek emosi lebih bertumpu pada kaedah pemerhatian dan secara konvesional.

Author Biographies

Mohd Azam Muhamad Akhir

Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Pahang,
Lebuhraya Tun Razak,
26300 Kuantan, Pahang

Muhammad Nubli Abdul Wahab

Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Pahang,
Lebuhraya Tun Razak,
26300 Kuantan, Pahang

Zarina Mohd Ali

Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Pahang,
Lebuhraya Tun Razak,
26300 Kuantan, Pahang

Downloads

How to Cite

Muhamad Akhir, M. A., Abdul Wahab, M. N., & Mohd Ali, Z. (2018). Pengukuran dan Penilaian Tahap Emosi Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum: Permasalahan dan Cadangan. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 2, 72–82. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/816

Issue

Section

Articles