This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

PENGGUNAAN EASY LEARNING KIT (ELK): REFRIGERATOR SYSTEM BAGI PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA (SPU) DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKHL)

Authors

  • Hanin Falina Mohd Hashim Kolej Komuniti Hulu Langat, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6251

Abstract

Pengaplikasian inovasi berbentuk Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) amat penting dalam pendidikan pada masa kini. Ini bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan subjek yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik. Justeru, satu produk inovasi iaitu Easy Learning Kit (ELK): Refrigerator System dihasilkan untuk diaplikasikan dalam PdP. Ia merupakan inisiatif pensyarah terhadap pelajar SPU di KKHL untuk memudahkan penyampaian dan meningkatkan kefahaman pelajar. ELK merupakan ABM dan juga model simulasi bagi pembelajaran Modul Penyejukan Domestik untuk pelajar semester 2 bagi program SPU. Hasil pemerhatian mendapati, semasa PdP dijalankan bagi tujuan pengenalan kepada kendalian dan komponen peti sejuk, pelajar kurang faham bagaimana peti sejuk berfungsi dan tidak dapat mengenalpasti komponen-komponen pada peti sejuk. Kajian ini melibatkan seramai 96 orang pelajar SPU. Kaedah analisis yang digunakan berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik yang telah diedar kepada pelajar SPU. Diharapkan dengan penghasilan produk inovasi ini, kefahaman dan penguasan pelajar terhadap subjek dapat ditingkatkan serta memberi peluang pembelajaran kendiri kepada pelajar sama ada di dalam atau di luar kuliah.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Mohd Hashim, H. F. (2021). PENGGUNAAN EASY LEARNING KIT (ELK): REFRIGERATOR SYSTEM BAGI PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA (SPU) DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKHL). International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S2), 83–92. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6251

Issue

Section

Articles