Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek untuk Meningkatkan Kemahiran Bahasa dalam Kalangan Murid Tahun Enam

Project-based Malay Language Learning to Improve Language Skills among Year Six Pupils

Authors

  • Muhammad Affan Ahamad Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Abdul Hamid Abu Bakar Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v13i2.9398

Keywords:

Kajian tindakan, Kemahiran berbahasa, Konstruktivisme, Pembelajaran berasaskan projek, Seni bahasa

Abstract

Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek (PBMBP) merupakan pendekatan yang menekankan kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis berdasarkan proses pelaksanaan bagi penghasilan produk. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tindakan yang melibatkan empat peringkat pelaksanaannya iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleks. Instrumen kajian ini melibatkan kaedah pemerhatian secara langsung terhadap sampel kajian dan analisis dokumen. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif secara peratusan. Sampel kajian ini melibatkan seramai 28 orang murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi, Teluk Intan, Perak. Tema bagi pelaksanaan PBMBP ini ialah “Pertanian dan Penternakan” berdasarkan buku teks Bahasa Melayu. Dapatan kajian mendapati semua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur, dan membaca dan menulis mencatatkan purata peratus kenaikan tahap penguasaan murid yang terlibat. Melalui analisis dokumen yang dilakukan, kebanyakan murid dapat menghasilkan rumusan, memindahkan maklumat ke dalam bentuk grafik, menghasilkan karangan berformat dialog dan menghasilkan lirik lagu untuk dipersembahkan secara didik hibur. Kesimpulannya, PBMBP dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran berbahasa kerana mengutamakan kemahiran berbahasa sebagai medium proses penghasilan produk. Selain itu, PBMBP juga dapat memotivasikan murid untuk belajar secara aktif dan memupuk kerjasama ahli kumpulan untuk membantu rakan yang kurang mahir dalam kemahiran berbahasa melalui kaedah bantuan (scaffolding) selari dengan konsep konstruktivisme serta memberi keseronokan sewaktu belajar dalam kalangan murid kerana pada akhir projek dipersembahkan secara didik hibur melalui seni bahasa.

Project-based Malay language learning (PBMBP)is an approach that emphasises language skills, including listening, speaking, reading, and writing, based on the process of producing products. This action research involves four stages of implementation: planning, acting, observing, and reflecting. The research instrument consists of direct observation of the study sample and document analysis. The research findings are analysed descriptively in percentages. The study sample comprises 28 sixth-grade students from Sungai Jejawi National School, Teluk Intan, Perak. The theme for the PBMBP is based on the Malay language textbook "Agriculture and Animal Husbandry." The findings indicated the pupils improved proficiency levels for listening and speaking, reading, and writing skills. Document analysis found that most pupils could produce summaries, convert information into graphical form, create dialogue-based essays, and compose song lyrics for entertaining presentations. PBMBP enhances pupils’ language proficiency by prioritising language skills as a medium for product generation. PBMBP also motivates pupils to learn actively and fosters the cooperation of group members to help friends who are less proficient in language skills through scaffolding in line with the concept of constructivism. At the end of the project, it provided fun while learning because it was presented educationally and entertaining through language arts.

Published

2023-10-31

How to Cite

Ahamad, M. A. ., & Abu Bakar, A. H. (2023). Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek untuk Meningkatkan Kemahiran Bahasa dalam Kalangan Murid Tahun Enam: Project-based Malay Language Learning to Improve Language Skills among Year Six Pupils. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 13(2), 53–68. https://doi.org/10.15282/ijleal.v13i2.9398

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.