Pemilihan dan Penguasaan Bahasa dalam Kalangan Anak Pasangan Kahwin Campur Orang Asli Jakun

Language Selection and Proficiency of Mixed Marriages Children of Orang Asli Jakun

Authors

  • Nurul Jannah Hussin Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia
  • Mohamad Suhaizi Suhaimi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v13i1.8424

Keywords:

Orang Asli Jakun, Bahasa Jakun, Kahwin campur, Teori Analisis Domain Fishman, Penguasaan bahasa Melayu

Abstract

Kajian ini berfokuskan kepada pemilihan bahasa dan penguasaan bahasa Melayu anak-anak pasangan kahwin campur Orang Asli Jakun di Bukit Ibam, Pahang. Komuniti Orang Asli yang terkenal dengan pengamalan gaya hidup tradisional dilihat semakin terbuka menerima amalan kahwin campur yang semakin menular pada masa kini. Maka, kecenderungan anak-anak pasangan Orang Asli yang berkahwin campur untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi sehari-hari dilihat berada pada tahap yang membimbangkan. Justeru, kajian ini mengaplikasikan Teori Analisis Domain Fishman untuk menilai pemilihan bahasa dan penguasaan bahasa Melayu anak-anak pasangan Orang Asli yang berkahwin campur. Namun, kajian ini hanya memberikan tumpuan kepada domain kekeluargaan sahaja. Reka bentuk kualitatif digunakan untuk mendapatkan data melalui tiga kaedah iaitu kajian kepustakaan, soal selidik dan temu bual. Sebanyak 14 kata panggilan dalam kekeluargaan disenaraikan untuk melihat pemilihan bahasa anak-anak Orang Asli. Hasil dapatan menunjukkan bahawa anak-anak Orang Asli hasil daripada perkahwinan campur di Bukit Ibam lebih memilih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam komunikasi berbanding bahasa Jakun. Hal ini secara tidak langsung telah mempengaruhi tahap penguasaan bahasa Melayu yang baik dari segi membaca dan menulis. Namun, bahasa Jakun masih digunakan oleh sesetengah individu yang berusaha memelihara kelestarian bahasa Jakun dalam kalangan Orang Asli di Bukit Ibam. Penguasaan bahasa Melayu yang baik perlu dijadikan sebagai pengukur kepada masyarakat Orang Asli yang lain dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia.

This research focuses on the language selection and Malay language proficiency of mixed marriages children of Orang Asli Jakun couples in Bukit Ibam, Pahang. The Orang Asli Jakun community, which is famous for practicing traditional lifestyles, is seen to be more open to accepting the practice of mixed marriages, which is increasingly practised nowadays. Therefore, the tendency of mixed marriage children not using the Malay language in daily communication is worrisome. Thus, this research applied Fishman's Domain Analysis Theory to assess the language selection and Malay language proficiency of mixed marriages chidlren of the Orang Asli Jakun, focusing only on the family domain. Qualitative researcg design was employed to obtain data through three methods, namely literature review, questionnaire and interview protocol. Fourteen (14) family-related terms were listed to examine the children's language selection. The results revealed that these children in Bukit Ibam preferred to use Malay language as the main language of communication compared to Jakun language. This has indirectly affected their level of mastery of the Malay language in terms of reading and writing. However, Jakun language is still used by some community members who are trying to preserve the Jakun language among the Orang Asli in Bukit Ibam. Good mastery of the Malay language among the Orang Asli Jakun’s children should be the yardstick for other communities of the indigenous peoples to master the language, and as an effort to dignify the use of Malay language as the national language in Malaysia.

Published

2023-06-30

How to Cite

Hussin, N. J., & Suhaimi, M. S. (2023). Pemilihan dan Penguasaan Bahasa dalam Kalangan Anak Pasangan Kahwin Campur Orang Asli Jakun: Language Selection and Proficiency of Mixed Marriages Children of Orang Asli Jakun. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 13(1), 47–56. https://doi.org/10.15282/ijleal.v13i1.8424

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 

You may also start an advanced similarity search for this article.