Elemen Nilai Dalam Teks Sastera Kisah Para Nabi Untuk Bacaan Kanak-kanak Menurut Perspektif al-Nadwi

Elements of Value in Literary Text of the Prophets’ Stories for Children’s Reading from al-Nadwi’s Perspectives

Authors

  • Mohd Shahrizal Nasir Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Kamarul Shukri Mat Teh Universiti Sultan Zainal Abidin

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v11.6116

Keywords:

Kisah para Nabi, Nilai dalam karya sastera, Pendidikan kanak-kanak, Sastera Kanak-Kanak Islami, Teks sastera

Abstract

Pendidikan merupakan antara misi penting dalam usaha dakwah Islamiah oleh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi (1914-1999, seterusnya al-Nadwi). Al-Nadwi telah mengupas pelbagai isu berkaitan pendidikan khususnya untuk kanak-kanak Muslim bagi memastikan generasi umat Islam mendapat pendidikan yang sempurna. Pendidikan yang ditekankan oleh al-Nadwi adalah pendidikan yang berteraskan Islam selaras dengan komitmen beliau sebagai seorang pemikir Islam tersohor. Lebih menarik untuk diperhatikan ialah apabila al-Nadwi yang merupakan seorang pemikir hebat, turut berusaha memberi perhatian terhadap kesusasteraan. Malah beliau telah menjadikan karya kreatif sastera sebagai bahan bacaan penting untuk mendidik golongan kanak-kanak. Hal ini diserlahkan menerusi karyanya berjudul Qasas al-Nabiyyin li al-Atfal (Kisah Para Nabi Untuk Kanak-Kanak) yang diterbitkan pada tahun 1946. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis karya al-Nadwi Qasas al-Nabiyyin li al-Atfal tentang kisah para nabi bagi mengenal pasti nilai yang dipaparkan dalam karya tersebut. Selain itu, kajian ini bertujuan menghuraikan penerapan nilai berdasarkan kisah para nabi dalam pendidikan awal kanak-kanak menurut perspektif al-Nadwi. Kaedah analisis teks akan digunakan dengan meneliti karya al-Nadwi tersebut berdasarkan nilai Islam yang disandarkan kepada empat sifat bagi para rasul. Hasil penelitian mendapati bahawa semua nilai yang terkandung dalam kisah para nabi seperti berani atas kebenaran, dedikasi menggalas tanggungjawab, bijaksana dalam setiap tindakan dan konsisten melaksanakan usaha penyebaran dakwah merupakan nilai-nilai murni yang sepatutnya dimiliki oleh setiap insan bermula dari usia kanak-kanak. Nilai-nilai yang baik inilah akan dapat menyerlahkan keluhuran sahsiah insan seawal usia kanak-kanak sepertimana yang dituntut oleh Islam.

Education is one of the crucial missions in Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi’s effort of Islamic preaching (1914-1999, later al-Nadwi). Al-Nadwi has addressed various issues related to education specifically for Muslim children, the purpose being to ensure that the Muslim generation receives comprehensive education. The education emphasized by al-Nadwi is Islamic-based education which is in line with his commitment as a prominent Islamic thinker. It is also interesting to note that although al-Nadwi was a great thinker, he tried to pay attention to literature. In fact, he has made literary creative works as an important reading material to educate children. Such prominence is highlighted through his work Qasas al-Nabiyyin li al-Atfal (The Story of the Prophets for Children) published in 1946. Therefore, this study will analyze al-Nadwi’s work entitiled Qasas al-Nabiyyin li al-Atfal on the stories of the prophets to identify the value displayed in the book. In addition, this study aims to describe the application of values ​​based on the stories of the prophets in early childhood education according to al-Nadwi’s perspective. The method of text analysis will be used in analyzing al-Nadwi's work based on the Islamic values related to the four attributes of the prophets. The analysis found that all the values in the stories of the prophets such as courage in the truth, dedication to bear responsibility, wisdom in action, and striving to spread Islam are among the values ​​that ​​ every human being should possess from childhood. These good values ​​will highlight the sublimity of human personality as early as childhood which is required in Islam.

Published

2021-07-15

How to Cite

Nasir, M. S., & Mat Teh, K. S. (2021). Elemen Nilai Dalam Teks Sastera Kisah Para Nabi Untuk Bacaan Kanak-kanak Menurut Perspektif al-Nadwi: Elements of Value in Literary Text of the Prophets’ Stories for Children’s Reading from al-Nadwi’s Perspectives. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 11(1), 14–26. https://doi.org/10.15282/ijleal.v11.6116

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.