Analisis Konkordan Kombinasi Kata Kerja Bahasa Arab dan Kata Sendi dalam Akhbar Mesir Al-Ahram

A Concordance Analysis on the Use of Verb and Proposition Combination in Al-Ahram Egyptian Newspaper

Authors

  • Zainur Rijal Abdul Razak Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
  • Yuslina Mohamed Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v14i1.10385

Keywords:

Akhbar Al-Ahram , Analisis konkordan , Bahasa Arab, Kata kerja, Kata sendi, Kekerapan

Abstract

Penggunaan sesuatu kata kerja bersama kata sendi tertentu merupakan amalan biasa di dalam pembinaan ayat bahasa Arab. Lazimnya, penggunaan sesuatu kata kerja bersama kata sendi yang berbeza akan membawa maksud berbeza. Namun, didapati berlakunya dalam bahasa Arab moden variasi penggunaan kata sendi bersama sesuatu kata kerja bagi membawa maksud yang sama atau hampir sama. Justeru, tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk menganalisa dan mengenalpasti sejauh mana fenomena ini berlaku di dalam bahasa Arab moden. Bagi mencapai objektif ini sebanyak 77 teks berita dari akhbar al-Ahram dari negara Mesir telah dikumpul dalam bentuk digital merangkumi 20,605 perkataan dalam kategori berita tempatan, dunia, sukan dan ekonomi. Perisian komputer Wordsmith 8.0 telah digunakan untuk menganalisa semua perkataan-perkataan ini dan mengekstrak penggunaan sesuatu kata kerja bersama kata sendi menggunakan aplikasi Wordlist dan Concordance dalam perisian ini. Hasil kajian mendapati bahawa berlakunya fenomena penggunaan sesuatu kata kerja dalam bahasa Arab moden bersama pelbagai kata sendi bagi menunjukkan maksud yang hampir sama. Walau bagaimanapun, secara umumnya, dari aspek kekerapan, penggunaan kata kerja bersama kata sendi yang menjadi kebiasaan tatabahasa Arab lebih kerap digunakan berbanding gaya penggunaan baru yang cuba diketengahkan oleh bahasa Arab moden melalui akhbar. Selain daripada itu, dapat juga disimpulkan bahawa akhbar Arab memainkan peranan yang amat penting dalam menyebarkan penggunaan gaya bahasa baharu kepada masyarakat Arab khususnya.

The use of a certain verb in association with specific preposition is a common practice in Arabic grammar. The use of a verb with different preposition usually conveys different meanings. However, it has been found that in modern Arabic, there is a variety of preposition-verb combinations that convey the same meaning. Therefore, the purpose of this paper is to analyse and identify the extent to which this phenomenon occurs in modern Arabic. In order to achieve this objective, a total of 77 news texts from the Egyptian newspaper Al-Ahram were collected digitally, comprising  of 20,605 words in the categories of local news, world news, sports and economy. The computer software Wordsmith 8.0 was used to analyse all of these words and extract the use of a verb with a preposition using the wordlist and concordance applications in this software. The study found that the phenomenon of using a verb in Arabic with various prepositions to indicate almost the same meaning is prevalent. However, overall, in terms of frequency, the use of verb-preposition combinations that are traditional in Arabic grammar is more commonly used than the new style promoted by modern Arabic through newspapers. Furthermore, it can also be concluded that Arab newspapers play a very important role in disseminating the use of new language style to the Arab community in particular.  

Published

2024-07-12

How to Cite

Abdul Razak, Z. R., & Mohamed, Y. (2024). Analisis Konkordan Kombinasi Kata Kerja Bahasa Arab dan Kata Sendi dalam Akhbar Mesir Al-Ahram : A Concordance Analysis on the Use of Verb and Proposition Combination in Al-Ahram Egyptian Newspaper. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 14(1), 51–59. https://doi.org/10.15282/ijleal.v14i1.10385

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.