This is an outdated version published on 2021-09-30. Read the most recent version.

KADAR NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI DAN HUBUNGANNYA DENGAN URUF MENURUT PERSPEKTIF SHARIAH: SUATU PERBINCANGAN

Authors

  • Mansor bin Sulaiman Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang
  • Hasan bin Ahmad Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i2.6977

Abstract

Tulisan ini membincangkan berkenaan kadar nafkah suami kepada isteri menerusi perbincangan dalil uruf. Perkara ini dibincangkan disebabkan tiada ketetapan berkenaan jumlah sebenar nafkah yang perlu diberikan kepada isteri untuk dijadikan rujukan, terutama apabila berlaku pertikaian daripada isteri terhadap pengabaian nafkah mereka oleh suami. Bagi mencapai tujuan tersebut, tulisan ini adalah bersandarkan kepada kajian perpustakaan sepenuhnya dengan focus kepada penelitian terhadap rujukan-rujukan dalam bidang fiqh, usul fiqh, tafsir al-Quran dan al-Hadith serta tulisan-tulisan terkini berkenaan isu nafkah isteri. Seterusnya analisis daripada kajian perpustakaan ini menemui bahawa terdapat nas-nas yang memberikan panduan kepada kadar nafkah tersebut tetapi ia masih berlegar dalam lingkungan dalil dzanni yang terbuka untuk dibahaskan. Menerusi penelitian terhadap nas-nas ini mendapati bahawa kadar nafkah tersebut sememangnya didiamkan oleh syarak bagi membuka ruang kepada keterbukaan kadar itu mengikut keperluan-keperluan yang berkaitan masa, tempat dan keadaan tertentu. Akhirnya, tulisan ini mendapati bahawa kadar nafkah tersebut boleh dicadangkan oleh pihak berautoriti menerusi panduan daripada dalil uruf.

Downloads

Published

2021-09-30

Versions

How to Cite

Mansor bin Sulaiman, & Hasan bin Ahmad. (2021). KADAR NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI DAN HUBUNGANNYA DENGAN URUF MENURUT PERSPEKTIF SHARIAH: SUATU PERBINCANGAN. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6(2), 49–58. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i2.6977

Issue

Section

Articles