Pembangunan Nilai Qurani Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Menerusi Nilai Diri Dan Kerja

Authors

  • Rashidi Abbas PBMSK
  • Zilal Saari

Keywords:

Kemahiran Insaniah, Nilai Diri dan Nilai Kerja

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pembangunan nilai qurani dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang menerusi penerapan nilai diri dan kerja. Sampel kajian seramai 281 orang yang terdiri daripada pelajar sarjana muda semester enam terlibat dalam kajian ini. Sehubungan dengan itu, data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0 bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai, dan Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan adanya perhubungan yang sederhana kuat, yang signifikan antara nilai diri dengan nilai kerja. Sementara itu, tahap penguasaan nilai diri iaitu amanah, tanggungjawab dan telus berada di tahap tinggi. Selain daripada itu, nilai kerja iaitu kerjasama, iltizam dan penambahbaikan berterusan juga berada di tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa adanya perkaitan yang signifikan antara pembangunan nilai diri dan kerja dengan keupayaan pelajar yang perlu diberi perhatian sewajarnya untuk meningkatkan prestasi universiti dan potensi diri pelajar.

Author Biographies

  • Rashidi Abbas, PBMSK

    Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan,
    Universiti Malaysia Pahang,
    Lebuhraya Tun Razak,
    26300 Kuantan, Pahang,

  • Zilal Saari

    Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan,
    Universiti Malaysia Pahang,
    Lebuhraya Tun Razak,
    26300 Kuantan, Pahang,

Downloads

Published

2001-12-20

Issue

Section

Articles

How to Cite

Abbas, R., & Saari, Z. (2001). Pembangunan Nilai Qurani Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Menerusi Nilai Diri Dan Kerja. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1(1), 13-24. https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/806

Similar Articles

1-10 of 123

You may also start an advanced similarity search for this article.