KONSEP DAN PERSPEKTIF TAUHIDIK DALAM MENINGKATKAN KEBAHAGIAAN KENDIRI

Tauhidic Concepts and Perspectives in Improving Personal Happiness

Authors

  • Abdul Rashid Abdul Aziz Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Anita Abdul Rani Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
  • Umi Hamidaton Soffian Lee Fakulti Ekonomi & Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd Khairi Mahyuddin Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Imaduddin Abidin Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
  • Mohd Suhardi Mat Jusoh Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6231

Keywords:

Happiness, Well-being, Islam, alQuran & Sunnah

Abstract

World Happiness Report 2019 revealed that Malaysia is the 80th happiest country out of 156 countries in the world. It recorded that there is a significant drop in rank, from rank 35th in 2018. Meanwhile, the Malaysian psychological well-being index in 2020 recorded a moderate score of 7.2. Studies related to happiness based on the Islamic perspective are still limited and minimal. However, aspects of psychological stress, personal well-being and the practice of Islamic values are important elements in determining the functionality of a Muslim. Thus, this   study aims to look at the concept of happiness from the Islamic point of view and the methods or strategies based on Islam to increase happiness in facing the current challenges and stress in life. This is a library research where content analysis method was applied. The PERMA model by Martin Seligman has been intertwined with the views of Al-Ghazali Theory, hadith and the Qur'an in unraveling these existing problems. The findings of the study also discuss the concept of Islamic monotheism which is based on the elements of Faith, Shariah and Morality. In addition, factors that influence happiness such as getting closer to God, cultivating the nature of gratitude, maintaining good sense, developing the nature of patience, contentment and trust are identified as the main core in improving the well-being of life. Ultimately, this study can be a platform and source of reference in helping Muslims to achieve self-happiness.

 

Indeks Kesejahteraan Dunia 2019 melaporkan Malaysia adalah negara ke-80 paling bahagia daripada 156 negara di dunia. Ia mencatatkan penurunan kedudukan yang begitu besar, iaitu daripada tangga ke-35 pada tahun 2018. Manakala, indeks kesejahteraan psikologi Malaysia pada tahun 2020 pula mencatatkan skor sederhana iaitu 7.2. Kajian berkaitan kebahagiaan berdasarkan perspektif Islam dilihat masih lagi terhad dan minimal. Namun, aspek tekanan psikologi, kesejahteraan kendiri dan pengamalan nilai agama Islam merupakan elemen penting dalam menentukan kefungsian hidup seorang Muslim. Justeru, kajian ini bertujuan melihat konsep kebahagiaan dari sudut Islam dan kaedah atau strategi yang dilandaskan oleh Islam bagi meningkatkan kebahagiaan kendiri manusia dalam mendepani arus cabaran kehidupan dan tekanan. Maklumat yang diketengahkan adalah berdasarkan kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan. Model PERMA oleh Martin Seligman telah digabung jalin dengan pandangan Teori Al-Ghazali, hadis dan al-Quran dalam merungkai permasalahan yang wujud ini. Dapatan kajian turut membincangkan konsep tauhidik Islam mendasari elemen Akidah, Syariah dan Akhlak. Selain itu, faktor yang mempengaruhi kebahagiaan seperti mendekatkan diri dengan Allah, menanam sifat syukur, memelihara akal dengan baik, memupuk sifat sabar, redha dan bertawakal dikenalpasti sebagai teras utama dalam meningkatkan kesejahteraan hidup. Tuntasnya, kajian ini dapat menjadi satu platform dan sumber rujukan dalam membantu umat Islam mencapai kebahagian diri.

Downloads

Published

2021-03-08 — Updated on 2021-03-08

Versions

How to Cite

Abdul Aziz, A. R., Anita Abdul Rani, Umi Hamidaton Soffian Lee, Mohd Khairi Mahyuddin, Imaduddin Abidin, & Mohd Suhardi Mat Jusoh. (2021). KONSEP DAN PERSPEKTIF TAUHIDIK DALAM MENINGKATKAN KEBAHAGIAAN KENDIRI: Tauhidic Concepts and Perspectives in Improving Personal Happiness. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S1), 42–50. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6231

Issue

Section

Articles