KEPENTINGAN PENGUASAAN ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM DALAM KAJIAN SEJARAH ISLAM DI ALAM MELAYU MENURUT PERSPEKTIF SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

The Importance of Understanding Islamic Knowledge and Thought in the Study of Islamic History in the Malay World According to the Perspective of Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Authors

  • Siti Nor Aisyah Ngadiran Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9830

Keywords:

Mastery of Islamic knowledge and thought, Study of Islamic history, Malay world, The perspective of Syed Muhammad Naquib al-Attas

Abstract

Bidang kajian sejarah Islam di Alam Melayu sangat berkait rapat dengan kajian sumber sejarah. Justeru, kefahaman yang benar diperlukan bagi menganalisis sumber sejarah tersebut dalam kalangan para pengkaji terutamanya dalam pentafsiran sumber dan kaedah yang digunakan. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana kebanyakan sumber-sumber tersebut yang terdiri daripada teks dan manuskrip Melayu Jawi mempunyai kandungan ilmu yang menuntut kefahaman agama yang tinggi untuk memahaminya, khususnya ilmu mengenai ketuhanan, taawwuf, fiqh dan pelbagai cabang ilmu Islam yang lain. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kepentingan penguasaan ilmu dan pemikiran Islam dalam kajian sejarah Islam menurut perspektif Syed Muhammad Naquib al-Attas. Kajian ini yang merupakan kajian teks akan menumpukan kepada karya-karya terpilih al-Attas berkenaan kajian sejarah di Alam Melayu. Ini termasuklah Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, The Mysticism of amzah Fanşūrī, Historical Fact and Fiction dan lain-lain. Berdasarkan dapatan kajian ini, terdapat empat kepentingan penguasaan ilmu dan pemikiran Islam tersebut ialah bagi menjadikan al-Qur’ān sebagai sumber panduan utama kajian sejarah Islam, memastikan ketepatan pentafsiran istilah-istilah metafizik yang terdapat dalam kajian sejarah Islam, memastikan ketepatan pentafsiran dalam kajian kesusasteraan Islam, dan memastikan ketepatan pentafsiran sesuatu sumber sejarah dengan perbandingan ke atas sumber yang lain. Dalam hal ini, keautoritian al-Attas sebagai sarjana Islam kontemporari yang terkemuka, serta penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu taawwuf dan falsafah Barat telah dengan mudah mengesan sebarang kekeliruan mahupun kesilapan yang telah dilakukan oleh para orientalis dalam kritikan dan pentafsiran sejarah Islam mereka.

The study of Islamic history in the Malay World pertaining to the study of historical sources. Thus, it is imperative for researchers to augment their understanding of the analysis of historical sources, particularly in the interpretation and methods to be used. The presence of concern arises due to the fact that a significant number of Jawi (ie. Malay-Islamic) texts encompass knowledge that necessitates a deep understanding of religious matters: divinity, taṣawwuf, fiqh, and various other aspects of Islamic knowledge. Thus, the objective of this study is to analyse the importance of the mastery of Islamic knowledge and thought in the study of Islamic history according to the perspective of Syed Muhammad Naquib al-Attas. This study, which is a text analysis, will focus on the selected works of al-Attas regarding the study of history in the Malay World. It includes Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, The Mysticism of Ḥamzah Fanşūrī, Historical Fact and Fiction and others. Based on the findings of this study, there are four important of the master of Islamic knowledge and thought: to make the Qur'ān the main guidance for the study of Islamic history, ensure the accuracy of interpretation of metaphysical terms in the study of Islamic history, ensure the accuracy of interpretation in the study of Islamic literature, and ensure the accuracy of the interpretation of a historical source by comparing it to other sources. In this regard, al-Attas’ proficiency in various fields of knowledge, including taṣawwuf and Western philosophy, has led to discerning any misconceptions or inaccuracies created by orientalists in their study of Islamic history. Additionally, that ability has allowed him to refute their criticism, regarding his authority as a leading contemporary Islamic scholar.

Downloads

Published

2023-10-30

How to Cite

Ngadiran, S. N. A. . (2023). KEPENTINGAN PENGUASAAN ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM DALAM KAJIAN SEJARAH ISLAM DI ALAM MELAYU MENURUT PERSPEKTIF SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS: The Importance of Understanding Islamic Knowledge and Thought in the Study of Islamic History in the Malay World According to the Perspective of Syed Muhammad Naquib Al-Attas. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 8(2), 11–20. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9830

Issue

Section

Social Science