TRIZ : Strategi Pemecahan dan Penyelesaian Masalah secara Tuntas
Keywords:
TRIZ, daya cipta (inventive), percanggahan/kontradiksi (contradictions), kelebihan/kebaikan (improving), kekurangan/keburukan (worsening)Abstract
Masalah berlaku apabila wujud percanggahan antara satu unsur dengan unsur lain. Kedua-dua unsur ini dapat dikesan wujud dalam sebuah sistem dan saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Percanggahan atau kontradiksi yang wujud antara kedua unsur tersebut menyebabkan berlaku pula dua keadaan yang bertentangan. Satu pihak akan mendapat kebaikan atau kelebihan dan satu pihak lagi akan mendapat keburukan atau kekurangan. Jika keadaan ini tidak diselesaikan, maka potensi sebenar unsur-unsur tersebut tidak dapat dimanfaatkan oleh manusia. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, TRIZ telah diperkenalkan sebagai salah satu kaedah yang sangat efektif dalam pemecahan dan penyelsaian masalah. Melalui pendekatan TRIZ ini, terdapat 40 prinsip yang boleh digunapakai sebagai rujukan dan uji-cuba dalam pemecahan dan penyelesaian masalah. Strategi ini boleh diaplikasikan dalam semua bidang kehidupan, pekerjaan, pembelajaran dan dapat memperluas peluang dan pemanfaatan sumber. Kertas ini membincangkan TRIZ secara ringkas sebagai langkah permulaan.