This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

APLIKASI DAWRAH RUHIYYAH DALAM MENINGKATKAN NILAI KUALITI SPIRITUAL PELAJAR DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Authors

  • Mohd. Suhardi Mat Jusoh Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S3).6261

Abstract

Pembangunan nilai kualiti spiritual dilihat sebagai suatu keperluan yang mendesak masa kini dalam usaha memenuhi sebahagian dari aspek kemahiran employbility. Walau bagaimana pun, melalui tinjauan sorotan kajian literatur lepas, didapati tidak banyak data emperikal yang menjelaskan secara holistik mekanisme latihan spiritual berasaskan agama dalam rangka pemupukan nilai kualiti spiritual seseorang pelajar universiti. Justeru, objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap konsistensi serta keberkesanan dawrah ruhiyyah dalam usaha meningkatkan kualiti spiritual pelajar di Universiti Malaysia Pahang ( UMP ). Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian penerokaan yang menggabungkan kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif sebagai kaedah triangulasi bagi pengukuhan dapatan kajian ini. Melalui kaedah kajian kuantitatif, seramai 162 orang responden telah dipilih melalui persampelan rawak sebagai sampel kajian ini. Dalam kajian kualitatif pula, seramai 15 orang responden telah terlibat dalam kajian ini melalui persampelan bertujuan. Data – data kajian kualitatif yang diperolehi telah dianalisis secara induktif bagi menyokong dapatan kajian kuantitatif. Dapatan kajian secara kuantitatif menunjukkan dawrah spiritual ini dapat mempertingkatkan nilai kualiti spiritual responden. Melalui dapatan kualitatif pula, keseluruhan peserta yang mengikuti program latihan ini memperakui bahawa program latihan ini telah memberi banyak perubahan positif dalam diri mereka. Akhirnya, kajian ini merumuskan bahawa guru sebagai pembimbing latihan spiritual ini dan tahap konsistensi peserta adalah dua faktor utama dalam menentukan keberkesanan latihan spiritual ini.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Mat Jusoh, M. S. (2021). APLIKASI DAWRAH RUHIYYAH DALAM MENINGKATKAN NILAI KUALITI SPIRITUAL PELAJAR DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S3), 78–90. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S3).6261

Issue

Section

Articles